Orang Melayu tak perlu masuk Bersatu, kata presiden Umno


SM Amin

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama dengan PAS lebih baik untuk menyatukan orang Melayu berbanding menyertai parti Bersatu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Julai, 2019.

KERJASAMA dengan PAS lebih baik untuk menyatukan orang Melayu berbanding menyertai parti Bersatu, kata Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian bagi menangkis seruan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad agar orang Melayu menyertai Bersatu bagi menyatukan semula kelompok kaum berkenaan.

“Orang Melayu tidak perlu ke Bersatu. Parti terbesar Melayu hanya Umno dan PAS. 

“Agenda taawun siyasi Umno-PAS jauh lebih penting untuk penyatuan ummah dan melampaui kepentingan politik,” katanya di Twitter.

Dr Mahathir yang juga pengerusi Bersatu semalam berkata, kewujudan semakin banyak parti politik Melayu menyebabkan potensi untuk menang dalam pilihan raya semakin tipis.

Katanya, pelbagai parti itu muncul kerana pemimpin parti Umno yang mewakili kaum tersebut sebelum ini tamak untuk mendapatkan kedudukan. – 6 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen