LATHEEFA Koya hari ini ditanya oleh Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam sama ada beliau mampu memikul tanggungjawab sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Bercakap kepada pemberita di Parlimen, beliau berkata jawatankuasa berkenaan tidak mempersoalkan tentang bagaimana dan mengapa beliau dilantik, sebaliknya hanya mengenai kemampuan beliau untuk menjalankan tugas itu.
“Pelantikan bukanlah satu isu. Proses pelantikan adalah sesuatu yang oerlu ditanya kepada pihak yang melantik. Saya hanya dilantik jadi itu bukan soalan yang ditanya kepada saya,” katanya.
“Terdapat banyak soalan terutamanya sama ada saya mampu, apakah visi saya dan fokus misi.”
Latheefa berkata beliau berpuas hati dengan pertemuan itu dan telah menjawab soalan sebaik mungkin.
“Saya berpuas hati kerana menerima jemputan daripada PSC dan sebagai penjawat awam dan sekiranya terdapat perintah tetap yang membenarkan PSC bertanya soalan, kami akan datang dan berikan kerjasama sepenuhnya.”
Pertemuan Latheefa bersama PSC berlangsung selama 45 minit. – 4 Julai, 2019
Berita penuh di sini.
Komen