Kementerian mungkir janji panggil tender terbuka selepas tamatkan 1BestariNet, kata YTL


YTL menjangka diberi kontrak lanjutan memandangkan sudah melabur lebih RM4 bilion membina infrastruktur di sekolah untuk projek selama 15 tahun. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Julai, 2019.

KEMENTERIAN Pendidikan mungkir janji untuk memanggil tender terbuka bagi perkhidmatan Internet ke sekolah bagi tempoh berbaki setengah tahun ini, kata YTL Communications Sdn Bhd (YTLC) hari ini.

Ia menyatakan terkejut dengan pengumuman baru-baru ini yang melantik pesaing Telco Telekom Malaysia, Celcom Axiata dan Maxis untuk menyediakan perkhidmatan Internet interim ke sekolah dari 1 Julai hingga Disember.

“Kementerian mengecualikan YTL Communications, memungkiri kenyataannya untuk memanggil tender terbuka dan bersetuju untuk membayar perkhidmatan Internet kepada tiga ISP yang dilantik walaupun kami menawarkan perkhidmatan secara percuma,” kata YTLC dalam satu kenyataan hari ini.

“YTL Communications melabur lebih RM4 bilion membina infrastruktur di sekolah untuk projek selama 15 tahun. Sewajarnya kami menjangkakan akan diberi lanjutan kontrak bagi fasa seterusnya.

“Kami melihat tindakan kementerian sebagai pelanggaran tanggungjawab kontrak kepada kami. Mengecewakan, mereka tidak bertindak sewajarnya dengan apa yang kami dimaklumkan dan apa yang sebenarnya telah dilaksanakan. “

Kontrak YTLC untuk menyediakan perkhidmatan Internet dan e-pembelajaran menerusi program 1BestariNet dan Frog VLE tamat pada 30 Jun.

Ia sudah diketahui pada Julai tahun lepas bahawa tender baru akan dipanggil awal tahun ini untuk menyediakan perkhidmatan penyambungan Internet bagi 10,000 sekolah di seluruh negara. – 3 Julai, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen