Cadangan bawa masuk pekerja warga Afrika tidak relevan di Malaysia 


CADANGAN daripada Menteri Sumber Manusia, M.Kulasegaran yang mengatakan Kerajaan Persekutuan akan pertimbangkan untuk mengambil pekerja asing dari Afrika bagi menampung keperluan tenaga kerja dalam sektor perladangan adalah tidak relevan.

Adakah ini sahaja solusi yang boleh dicadangkan? Mengapa tidak mengambil langkah-langkah yang lebih efisen untuk memajukan teknologi perladangan Malaysia yang boleh memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan di luar bandar.

Kita dapat lihat antara warga asing yang mempunyai masalah jenayah yang ketara ialah warga Afrika. Antara jenayah yang paling merungsingkan adalah online scam dan pengedaran dadah. Sekarang keadaan hidup mereka nampak lebih senang berbanding satu ketika dulu ketika mereka hanya dilihat menjalan aktiviti menjual tali pinggang, dompet dan stokin ditepi jalan. Ini bukan diskriminasi terhadap mereka, namun ia merupakan satu keburukan jika mereka dibawa masuk ke Malaysia.

Ada juga kedengaran keluhan serta kegusaran daripada pengusaha-pengusaha restoran yang mengalami masalah dengan sekatan pengambilan pekerja dari negara asing yang tiada satu penyelesaian secara menyeluruh.

Jika isunya ialah kita memerlukan pekerja dengan gaji minima/kurang, pihak Kerajaan boleh juga mengambil tindakan dengan memberi peluang pekerjaan kepada pelarian Rohingya dan Syria yang berada di Malaysia, jumlah mereka juga adalah tinggi.

Manifesto Pakatan Harapan juga mengusulkan latihan-latihan percuma untuk menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR4.0). Dengan pendekatan teknologi robotik dan automasi, ia bakal menyaksikan penjimatan kos dan tenaga buruh dalam bidang pertanian. Kerajaan sepatutnya menggalakkan usaha untuk maju kehadapan, bukannya masih berharap untuk mencari tenaga buruh asing yang murah dalam kalangan negara dunia ketiga.

Inisiatif-inisiatif seperti ini dapat mengurangkan peratusan golongan B40 di samping dapat membasmi pengangguran dengan berbekalkan kemahiran ilmu selain daripada pemberian bantuan kewangan.

‘Pengurangan pekerja asing dari 6 juta orang ke 4 juta orang’ seperti yang termaktub di dalam Manifesto Pakatan Harapan secara jelas menolak kemasukan pekerja asing dari Afrika. Kerajaan seharusnya menitik-beratkan kepentingan rakyat terlebih dahulu daripada warga asing dengan mengambil inisiatif dan langkah lebih progresif terhadap peluang pekerjaan dan kemajuan sektor perladangan. – 29 Jun, 2019.

*Jestin Raj Savarimuthu adalah Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen