Khazanah kaji cadangan untuk jual MAS, kata Azmin


Sheridan Mahavera Lee Chi Leong

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali berkata, identiti Malaysia Airlines mesti dikekalkan dalam mana-mana jualan yang berpotensi untuk membiayai syarikat penerbangan nasional itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 29 Jun, 2019.

KHAZANAH Nasional sedang mengkaji cadangan untuk menjual syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines (MAS), kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali.

Azmin berkata, masih tiada keputusan dibuat mengenai penjualan propektif walaupun Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, ia boleh dilakukan selagi identiti MAS dikekalkan.

Tiada tempoh masa ditetapkan untuk menyiapkan kajian itu, kata Azmin kepada pemberita ketika ditemui di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parti Amanah Negara di Kuala Lumpur hari ini.

“Perkara itu dibincangkan secara ringkas dalam mesyuarat lembaga Khazanah akhir tahun lalu. Kami mahu khazanah mengkaji perkara itu dan melihat apakah pilihan terbaik untuk memastikan syarikat penerbangan masih kekal berdaya maju.

“Tiada tempoh masa mengenai cadangan ini tetapi kami akan membenarkan khazanah menjalankan kajian itu dan kembali kepada lembaga,” katanya.

Pada 2014, Khazanah menyuntik dana RM6 bilion untuk memastikan syarikat penerbangan itu bertahan tetapi tidak berjaya. – 29 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen