BN akan naikkan tol jika masih berkuasa, kata timbalan menteri


Sheridan Mahavera Yeoh Cheong Ee

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming berkata kenaikan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 akan berlaku bagi empat lebuh raya utama di bandar raya jika Barisan Nasional masih menjadi kerajaan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 Jun, 2019.

PENGGUNA jalan raya di Lembah Klang akan melihat kenaikan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 bagi setiap perjalanan di sepanjang empat lebuh raya utama bandar sekiranya Barisan Nasional masih terus berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming berkata demikian ketika bercakap mengenai rancangan kerajaan Pakatan Harapan untuk mengambil alih LDP, Sprint, Kesas dan lebuh raya SMART.

Ahli akademik dan penganalisis mempersoalkan rasional bagi pengambil alihan lebuh raya itu kerana perjanjian konsesi untuk beberapa lebuh raya ini berakhir dalam masa kurang daripada 10 tahun, dan selepas itu ia akan kembali kepada pemilikan awam.

Dalam forum yang dianjurkan oleh badan pemikir IDEAS, Ong memetik contoh bagaimana kadar tol akan naik dalam lima tahun ini jika kerajaan tidak mengambil alih.

Di LDP, kadar tol akan naik dari RM2.10 kepada RM3.10, manakala pengguna akan membayar RM2.50 berbanding RM2 bagi Lebuhraya Sprint Damansara.

Bagi laluan Sprints Kerinchi, pengguna jalan raya perlu membayar RM3.50 berbanding RM2.50 manakala harga untuk bahagian Penchala Link akan naik dari RM3 kepada RM5. – 28 Jun, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen