Kegagalan FGV, masanya pemegang saham mainkan peranan aktif


PERBELANJAAN yang cekap oleh entiti berkaitan kerajaan amat penting dalam keadaan hutang yang besar yang kini sedang dihadapi oleh negara. 

Ini bermakna memperolehi bayaran oleh pengarah melalui bayaran yang tidak cekap (contohnya yuran pengarah, manfaat dan faedah) perlu dipersoalkan secara aktif dan ditadbir dengan baik.

Langkah tegas oleh pemegang saham FGV dalam mengundi membantah yuran pengarah dan manfaatnya perlu dipuji. 

Kajian kami mendapati FGV antara 10 teratas entiti berkaitan kerajaan yang melaporkan bayaran terttinggi bagi pengarah bukan eksekutif dalam tempoh 2013-2017. 

Secara purata, FGV membayar pengarah bukan eksekutif mereka dengan anggaran RM4.6 juta setahun walaupun mengalami prestasi buruk sejak 2013. 

Kedudukan syarikat yang mengalami kerugian tidak mewajarkan lembaga pengarah untuk menikmati manfaat dan faedah. 

Kini tiba masanya untuk bekerja keras dan menghapuskan perbelanjaan yang tidak wajar untuk menyelamatkan syarikat dan untuk menjadikan ia menguntungkan.

Kami berharap untuk melihat lebih ramai pemegang saham bertindak dalam mendisiplinkan pengarah dalam entiti berkaitan kerajaan. 

Pemegang saham minoriti dan pemegang saham lain adalah penting kepada entiti berkaitan kerajaan dan ia juga perlu memainkan peranan aktif dalam mempersoalkan bayaran lembaga pengarah. 

Orang ramai atau pemegang taruh yang terjejas oleh aktiviti perbelanjaan entiti berkaitan kerajaan mempunyai hak untuk mengetahui dan menuntut ketelusan yang lebih besar berhubung aspek perbelanjaan yang lebih penting ini. – 27 Jun, 2019.

* Mohideen Abdul Kader, Pemangku Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen