MCA, MIC terikat dengan kerjasama Umno-PAS


Khoo Gek San

Pengerusi MIC S. Vigneswaran (kanan) berkata kerjasama Umno dan PAS tidak semestinya tidak memberi kebaikan kepada gabungan BN yang terdiri daripada Umno, MIC dan MCA. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Mac, 2019.

DENGAN PAS dan Umno kini membentuk kerjasama politik mereka secara rasmi di muktamar parti Islam itu minggu lalu, adakah ia mengubah apa-apa kepada rakan kongsi Umno iaitu MCA dan MIC?

Perjanjian yang termeterai itu tidak mendorong komponen parti Cina dan India dalam Barisan Nasional (BN) untuk meninggalkan gabungan yang sudah pun sedia mengecil kepada tiga parti saja.

Pengerusi MIC S. Vigneswaran berkata Umno menerusi kerjasama BN dan PAS, tidak semestinya tidak baik kerana sokongan yang diterima parti Islam itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), malah Pakatan Harapan juga berjaya membentuk kerajaan persekutuan.

“Sokongan PAS dalam PRU14 tidak patut dipandang rendah. Selagi ia bermanfaat kepada MIC, kerjasama Umno-PAS bukan sesuatu yang buruk,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Vigneswaran juga merujuk kepada masa PAS bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat yang kini terbubar. PAS dapat menarik sokongan daripada masyarakat China dan pengundi bukan Islam yang lain, katanya, dan ini membuktikan kemampuannya bekerjasama dengan parti bukan Islam.

Beliau menyebut tentang bagaimana PAS “membantu” DAP menang lebih banyak kerusi Parlimen ketika kedua-duanya sekutu dalam Pakatan Rakyat. Pada PRU 2008, DAP menang 28 kerusi persekutuan, berbanding 12 pada PRU 2004.

“Saya tidak nampak sebab untuk tidak bekerjasama dengan PAS. Data lampau menunjukkan kerjasama antara parti pembangkang membolehkan kita menang lebih banyak kerusi,” katanya yang juga presiden Dewan Negara.

Katanya, bantuan PAS terbukti berkesan untuk BN di Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands, Rantau dan Semenyih tahun ini, di mana parti Islam itu bekerjasama dengan Umno.

“Pada PRU15, parti-parti pembangkang patut bekerjasama antara satu sama lain,” katanya.

Pada Muktamar ke-65 PAS minggu lalu meluluskan usul untuk parti Islam itu bekerjasama dengan Umno secara rasmi, satu kejayaan penting daripada perjanjian awal untuk bekerjasama ad-hoc, susulan kekalahan BN pada PRU14.

Vigneswaran bagaimanapun berkata PAS dan semua parti dalam BN patut mengadakan perbincangan secara rasmi untuk membincangkan masa depan mereka. – 27 Jun, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen