SIASATAN baharu kes kematian Teoh Beng Hock harus difokuskan kepada homosid dan bukannya pengurungan salah, kata Ramkarpal Singh, peguam kepada bekas pembantu politik pemimpin DAP itu, hari ini.
Beliau berkata Peguam Negara Tommy Thomas perlu menjelaskan mengapa kes itu kini berada di bawah pengurungan salah berbanding kes homisid berhubung kematian Teoh pada 2009 semasa berada dalam tahanan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Adalah sangat mengecewakan kerana perkara itu kini disiasat kerana kesalahan lebih kecil iaitu pengurungan salah sedangkan Mahkamah Rayuan jelas menyatakan dalam penghakimannya terdapat bukti homosid melingkari kes kematian Teoh.
“Ini cukup untuk pihak berkuasa menjelaskan bagaimana perkara ini boleh timbul, terutama berdasarkan penemuan Mahkamah Rayuan terhadap kes Teoh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Jika Mahkamah Rayuan mendapati bukti homosid, bagaimana pula tidak Jabatan Peguam Negara?”
Ramkarpal, yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata beliau akan menulis kepada Thomas bagi pihak keluarga Teoh untuk penjelasannya.
Beliau berkata pegawai penyiasat itu memaklumkan kematian Teoh kini sedang disiasat di bawah Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman sehingga satu tahun penjara, atau denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – 25 Jun, 2019.
Berita penuh di sini
Komen