SPRM fail saman tuntut RM212 juta duit 1MDB dari Umno


Bede Hong

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menamakan Umno dalam saman tuntutan wang dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang difailkan terhadap 41 individu, syarikat dan pertubuhan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Jun, 2019.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menamakan Umno dalam saman tuntutan wang dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang difailkan terhadap 41 individu, syarikat dan pertubuhan.

Saman tersebut bertujuan untuk menuntut semula RM270 juta, di mana RM212 juta dikaitkan dengan parti itu.

Pendakwa raya hari ini memfailkan saman tuntutan terhadap tujuh entiti dan indiviu di bawah Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (Amla) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

SPRM menuntut RM202,965,413.61 dari Umno.

Antara individu yang turut dinamakan dalam saman itu ialah Ahli Parlimen Paya Besar Abdul Manan Ismail (SPRM tuntut RM265,146.16), Wanita MCA (RM300,000), Binsabi Sdn Bhd (RM827,250) Perano Sdn Bhd (RM337,634.78), Perhubungan Umno Sabah (RM1,254,112.24) dan bekas ahli Parlimen Kuala Pilah Hasan Malek (RM100,000).

Antara individu yang turut dinamakan dalam saman itu ialah bekas ahli Parlimen Kuala Pilah Hasan Malek. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 25 Jun, 2019.

Hakim Mohd Zaini Mazlan memberitahu responden mdiberi tempoh sehingga 25 Julai untuk memfailkan afidavit.

Pendakwa raya dan peguam bela akan memfailkan afidavit balasan pada 15 dan 20 Ogos.

Tarikh pengurusan kes ditetapkan pada 29 Julai. – 25 Jun, 2019.

Berita penuh di sini.      


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen