Dosa, pahala kaedah PAS urus ekonomi, kata Hadi


Sheridan Mahavera Mohd Farhan Darwis

Presiden PAS Abdul Hadi Aang berkata, prinsip dosa dan pahala akan digunakan oleh PAS untuk menguruskan ekonomi sekiranya parti Islam mengambil alih Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 21 Jun, 2019

PAS akan menggunakan prinsip dosa dan pahala untuk menguruskan ekonomi sekiranya parti Islam mengambil alih Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Prinsip ini adalah sebahagian daripada konsep negara berkebajikan yang dilancarkan semula yang mana presidennya Abdul Hadi Awang berkata, ia akan digunakan untuk memerintah negara.

Bagaimanapun Abdul Hadi menegaskan bahawa negeri berkebajikan tahun ini berbeza daripada “negara kebajikan” yang pernah dipromosikan pada 2012.

Beliau berkata istilah Melayu untuk negara kebajikan baharu itu adalah “negara berkebajikan” yang berbeza dengan “negara kebajikan” yang merupakan istilah lama untuk konserp berkenaan.

Menurutnya, ia adalah negara berkebajikan yang baharu berdasarkan kepada ekonomi saksama yang adil kepada semua.

“Ia berbeza dengan konsep negara kebajikan yang sempit,” katanya dalam ucapan dasarnya ketika merasmikan Muktamar ke-65 parti (kongres tahunan) di Kuantan hari ini.

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, “kebajikan” diterjemahkan sebagai “welfare” dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun tiada maksud bagi istilah “berkebajikan”.

Antara prinsip “negara berkebajikan” ialah:

PAS beristiqamah untuk membangunkan sebuah ‘Negara Berkebajikan’ yang berteraskan perkongsian ekonomi yang adil untuk semua, berbeza dengan konsep Negara Kebajikan (Welfare State) yang sempit. Antara langkah-langkah yang perlu diambil bagi membaiki kedudukan ekonomi negara adalah:

• Pertama - Membetulkan falsafah ekonomi kepada yang lebih adil dan memakmurkan kehidupan, sesuai dengan peranan manusia sebagai khalifah di muka bumi.

• Kedua – Membetulkan pelaksanaan dasar ekonomi dengan bersendikan akhlak dan perkiraan dosa pahala, budaya integriti yang tinggi, serta mencegah berlakunya pembaziran, ketirisan, penyelewengan dan rasuah.

• Ketiga – Memanfaatkan sumber alam dan pendapatan negara secara mampan supaya khazanah negara dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat, seterusnya merapatkan jurang kaya-miskin yang semakin melebar.
20

• Keempat – Menolak diskriminasi dan berkebajikan kepada semua tanpa mengira kaum, fahaman politik serta wilayah, sekaligus menolak amalan kronisma, nepotisma dan monopoli yang menekan rakyat.

• Kelima – Membangunkan modal insan yang berkualiti dan berintegriti (Al-Qawiy dan Al-Amin) sebagai tunjang pembangunan negara yang terlatih dan berdaya saing.  – 21 Jun, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen