MALAYSIA mungkin negara pertama di Asia Tenggara yang menghantar balik sisa buangan ke Australia seawal bulan depan, menurut laporan The Australian.
Akhbar itu berkata Malaysia akan menghantar dua kapal kontena berisi sampah plastik tercemar dan sampah-sarap plastik tidak terisih.
Bagaimanapun, Menteri Alam Sekitar Australia Sussan Ley memberi amaran bahawa sampah-sarap yang mengandungi karton susu berulat perlu di kuarantin terlebih dahulu dan mendapat permit sisa berbahaya sebelum dibenarkan masuk ke negara itu.
Semalam, Ley berkata kerajaan Australia akan menimbang untuk menerima semula sisa berasal dari negara itu yang dihantar ke negara-negara jiran sekiranya didapati melanggar undang-undang antarabangsa.
Menurutnya, kerajaan Australia sedang bekerjasana dengan negara Asia Tenggara untuk memastikan jika terdapat eksport yang tidak memenuhi peraturan. Tambah beliau, kerajaan negaranya masih belum menerima notis rasmi berkenaan penghantaran balik sisa buangan.
“Sekiranya menerima notis, kerajaan Australia akan bekerjasama dengan negara-negara dan pengeksport yang terjejas untuk memastikan sama ada berlaku kesalahan dan menentukan acar paling mesra alam untuk menguruskan sisa buangan itu,” Ley dipetik sebagai berkata.
“Ini mungkin termasuk penghantaran semula bahan itu ke Australia.” – 21 Jun, 2019.
Komen