Khairil Nizam ketua Pemuda PAS baharu


Mohd Farhan Darwis

Khairil Nizam Khiruddin (kiri) menang jawatan itu tanpa bertanding selepas penyandangnya, Khalil Abd Hadi memutuskan untuk tidak pertahankan jawatan itu.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 20 Jun, 2019

KHAIRIL Nizam Khiruddin sah menjadi ketua Pemuda PAS baharu bagi sesi 2019 hingga 2021 dalam pemilihan sayap pemuda parti Islam yang dimuktamadkan hari ini.

Khairil menang jawatan itu tanpa bertanding selepas penyandang, Khalil Abd Hadi memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan kali ini.

Ahmad Fadhli Shaari pula dipilih sebagai timbalan ketua pemuda PAS, manakala Afnan Hamimi Taib Azamudden pula dipilih sebagai naib ketua pemuda PAS bagi sesi tersebut.

Kedua-duanya turut memenangi jawatan itu tanpa bertanding dalam Muktamar Pemuda PAS kali ke-60 di Gambang, Pahang.

Berikut adalah senarai jawatankuasa kerja Pemuda PAS (sesi 2019-2021):

Pengerusi tetap
Kamal Ashaari

Timbalan pengerusi tetap
Nor Azariza Mohd Alawi

Ketua Pemuda
Khairil Nizam Khirudin

Timbalan ketua
Ahmad Fadhli Shaari

Naib ketua 
Afnan Hamimi Taib Azamudden

Ahli jawatankuasa
Akram Ikrami Taib Azamudden
Mohd Hafez Sabri
Muhtar Suhaili 
Izwan Abdul Halim
Khairul Nadzir Helmi Azhar 
Roslan Md Esa
Mohammad Arifiriazul Paijo
Mohammad Nadzim Ahmad
Abdul Malik Abd Razak
Muhammad Fadzli Abu Bakar
Mohd Al Ghazali Abu Bakar
Juwahir Amin

Pemeriksa kira-kira
Mohd Shahir Abu Hassan
Muhammad Ali Rajaie Jamaludin. – 20 Jun, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen