Kerajaan masih bayar RM4.15 bilion hutang SRC International


Bede Hong

Timbalan setiausaha pelaburan strategik Kementerian Kewangan Afidah Azwa Abdul Aziz dalam keterangannya hari ini berkata hutang SRC International kepada KWAP akan selesai pada 2020, atau 10 tahun selepas kemudahan kredit kedua sebanyak RM2 bilion dikeluarkan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 19 Jun, 2019.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa SRC International masih berhutang dengan Kumpulan Wang Persaraan (diperbadankan) (KWAP) RM4.15 bilion hutang prinsipal serta bayaran faedah untuk pinjaman jaminan kerajaan tidak berbayar yang dikeluarkan pada 2011 dan 2011.

Timbalan setiausaha pelaburan strategik Kementerian Kewangan Afidah Azwa Abdul Aziz dalam keterangannya hari ini berkata hutang itu akan selesai pada 2020, atau 10 tahun selepas kemudahan kredit kedua sebanyak RM2 bilion dikeluarkan.

“Sehingga sekarang, kerajaan masih membayar hutang daripada KWAP kepada SRC International, dan ini akan berterusan hingga hutang prinsipal dan faedah diselesaikan sepenuhnya,” katanya.

Afidah, 44, saksi pendakwa ke-41 berkata SRC International berhutang dengan kerajaan sebanyak RM650 juta selepas Kementerian Kewangan menjamin entiti itu sebanyak tiga kali selepas ia gagal menyelesaikan hutangnya pada waktu ditetapkan.

Katanya, kerajaan mengeluarkan perjanjian pinjaman RM92 juta pada 6 November, 2015, kredit sedia ada RM250 juta (di mana RM213 juta digunakan) pada 27 September, 2016 dan perjanjian pinjaman RM300 juta pada 13 Disember, 2017. – 19 Jun, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen