Trump puji 'langkah positif' Arab Saudi benarkan wanita memandu


Kerajaan Arab Saudi mengumumkan yang ia akan membenarkan wanita memandu bermula Jun depan. Ini merupakan satu kemenangan selepas lama diperjuangkan aktivis hak asasi wanita. – Gambar AFP, 27 September, 2017.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memuji Arab Saudi di atas keputusannya membenarkan wanita di negara itu memandu. Trump menyifatkan ianya satu “langkah positif” bagi Arab Saudi yang digelar kerajaan ultra-konservatif.

Biarpun Washington bersahabat baik dengan Arab Saudi, namun ia sering dimalukan oleh sikap konservatif agama dan sosial sekutunya itu.

“Presiden Donal J. Trump memuji keputusan Arab Saudi membenarkan wanita di negaranya memandu,” kenyataan dari White House menyebut.

“Ini adalah langkah positif ke arah mempromosikan hak dan peluang wanita di Arab Saudi.”

Terdahulu, Jurucakap Jabatan Negara Heather Nauert memuji dengan mengatakan ia “petanda sangat positif”.

“Hari ini kami gembira,” katanya.

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan yang ia akan membenarkan wanita memandu bermula Jun depan. Ini merupakan satu kemenangan selepas lama diperjuangkan aktivis hak asasi wanita.

“Kami akan terus menyokong Arab Saudi dalam usahanya mengukuhkan masyarakat Arab dan ekonomi melalui pembaharuan seperti ini,” kata White House. – AFP, 27 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen