Cabaran di Malaysia lebih rumit daripada kaum dan agama, kata forum


Pengarah Institut Asia di University of Tasmania, Prof Dr James Chin (kanan) dan Ketua Penyelidik Iman Research, Vilashini Somiah (tengah) berkata demikian pada forum bertajuk “Building the New Malaysia: From elation to frustration”, di Melbourne, Australia, semalam. – Gambar The Malaysian Insight, 18 Jun, 2019.

MALAYSIA berdepan cabaran yang jauh lebih rumit berbanding isu kaum dan agama, menurut penganalisis politik pada sebuah forum di Australia, semalam.

Pengarah Institut Asia di University of Tasmania, Prof Dr James Chin dan Ketua Penyelidik Iman Research, Vilashini Somiah berkata demikian pada forum bertajuk “Building the New Malaysia: From elation to frustration”, di Melbourne, Australia.

Forum anjuran Lowy Institute itu dipengerusikan oleh Pengarah Southeast Asia Project, Ben Bland.

Menurut pemerhatian Lowy Institute, selepas pentadbiran bekas perdana menteri Najib Razak digulingkan pada pilihan raya umum Mei tahun lalu, sentimen di Malaysia udah beralih dari kekeliruan kepada kekecewaan.

“Pentadbiran yang dipimpin oleh (Perdana Menteri) Dr Mahathir Mohamad yang berusia 93 tahun kini diuji dengan krisis dalaman.

“Wujud kebimbangan yang semakin memuncak bahawa beliau tidak akan menunaikan janji untuk menghapuskan undang-undang zalim dan merancakkan semula ekonomi yang lembap.”

Panel forum membincangkan pandangan daripada analisis politik Chin dan perspektif sosio-antropologi Somiah.

Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Andrew Goledzinowski yang berada di negara itu turut berkongsikan pemerhatiannya.

Chin dan Somiah bersetuju bahawa Pakatan Harapan mungkin akan hanya berjaya mentadbir selama sepenggal jika cabaran masa kini tidak ditangani dengan segera.

Dalam pada itu, mereka juga tidak menafikan masalah besar yang ditinggalkan oleh pentadbiran Barisan Nasional. – 18 Jun, 2019.

Berita penuh di sini.        


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen