Sami radikal serang rumah perlindungan Rohingya di Sri Lanka


Ratusan ribu Rohingya melarikan diri sejak keganasan terburuk tercetus di Myanmar Ogos lalu menimbulkan krisis kemanusian terburuk sedang berlaku di dunia kini. – Gambar EPA, 26 September, 2017.

SAMI Buddha radikal menyerbu rumah perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Rohingya di ibu kota Sri Lanka pada Selasa sehingga memaksa pihak berkuasa memindahkan pelarian itu, kata pegawai.

Sami-sami Buddha itu mengetuai sekumpulan perusuh memecahkan pagara dan memasuki bangunan bertingkat yang bertembok ketika pelarian yang ketakutan berkumpul di tingkat atas, kata seorang pegawai polis.

“Kami berjaya menghalang perusuh dan pelarian akan dipindahkan ke tempat selamat,” kata seorang pegawai kepada AFP yang meminta tidak dinamakan kerana dia tidak dibenarkan bercakap kepada media.

Seramai 31 orang pelarian Rohingya diselamatkan tentera laut Sri Lanka pada Mei lalu selepas mereka ditemui berada dalam bot yang hanyut di kawasan perairan negara itu.

Pelarian itu sedang menunggu pemindahan ke negara ketiga, kata pegawai itu lagi menambah yang mereka dibenarkan berada di Sri Lanka sementara menunggu proses pemindahan itu dilakukan.

Seorang sami yang menyerbu bangunan itu dirakam oleh kumpulan radikal Sinhale Jathika Balamuluwa ketika dia menggesa orang ramai menyertainya untuk menyerbu bangunan itu.

“Mereka adalah pengganas Rohingya yang membunuh sami Buddha di Myanmar,” kata sami itu dalam lintas langsung di Facebooknya menuding kepada wanita-wanita Rohingya yang memangku anak kecil mereka.

Sami Budhha radikal di Sri Lanka mempunyai hubungan rapat dengan gerakan ultra nasionalis di Myanmar. Kedua-duanya didakwa mengatur keganasan terhadap minoriti Islam di negara masing-masing.

Pegawai polis mengatakan semua pelarian sudah ditempatkan dalam “perlindungan keselamatan” dan dibawa balik ke rumah perlindungan ketika perusuh kembali dan mula membaling batu.

Ratusan ribu etnik Islam Rohingya melarikan diri dari Myanmar ketika keganasan memuncak di negara itu.

Mereka sejak berdekad lamanya menjadi sasaran kekejaman ditaja negara dan diskriminasi dalam negara majoriti Buddha.

Mereka dianggap pendatang haram dari Bangladesh walaupun sudah menetap di Myanmar bergenerasi lamanya. – AFP, 26 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen