POLIS memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan rakaman video seks sejenis yang didakwa menampilkan seorang menteri.
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata masih banyak perkara mengenai rakaman video tersebut masih belum dapat dipastikan dan pasukannya akan terus menyiasat.
“Hentikan (edar video). Semua orang mahu mengambil bahagian dalam isu ini tetapi akhirnya tiada pihak yang akan menang.
“Berilah kami untuk menyiasat. Kami akan selesaikannya,” katanya lagi dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight.
Katanya, Polis akan mula meneliti aduan dibuat oleh pihak ketiga sejak Isnin bagi menyiasat kes video menunjukkan aksi seks dua orang lelaki itu.
“Pada masa ini, banyak perkara yang masih belum jelas, biarkan ia menjadi laporan pertama dan kami akan mulakan siasatan dari laporan polis itu,” katanya di pejabatnya di Bukit Aman.
Susulan penularan video tersebut, seorang setiausaha sulit kanan seorang menteri, Haziq Abdul Aziz, hari ini mengaku sebagai salah seorang lelaki dalam rakaman tesebut.
Beliau juga mendakwa salah seorang lagi pelaku adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali, yang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut.
Azmin yang menafikan dakwaan tersebut hari ini berkat tuduhan itu adalah usaha kejam dan berniat jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.
Video berkenaan pada awalanya dikesan tersebar melalui beberapa kumpulan sembang dalam aplikasi WhatsApp. – 12 Jun, 2019.
Komen