Presiden AS jemput pemimpin junta tentera Thailand ke White House


Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berharap jemputan itu akan mengukuhkan hubungan dengan rakan sekutunya di Asia. – Gambar EPA, 26 September, 2017.

PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump akan menjemput pemimpin junta Thailand Prayut Chan-O-Cha ke White House pada 3 Oktober depan sebagai usaha untuk meningkatkan kerjasama dan hubungan dua hala antara AS dan Thailand.

Ikatan antara kedua-dua negara itu agak tegang selepas rampasan kuasa oleh bekas ketua tentera Prayut tiga tahun lalu, walaupun pernah mengadakan pertemuan dengan presiden AS sebelum ini Barrack Obama pada sidang kemuncak ASEAN-AS di California Februari lalu. 

“Presiden Trump berharap untuk mengesahkan hubungan dengan rakan sekutunya di Asia, negara Thailand,” kata White House dalam satu kenyataan. – AFP, 26 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen