Skandal seks melibatkan ahli politik Malaysia


Chan Kok Leong

Presiden PKR Anwar Ibrahim beberapa kali terpalit dengan skandal seks sepanjang karier politiknya sehingga pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan meliwat.– Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Jun, 2019

VIDEO seks terbaharu yang didakwa melibatkan seorang menteri kabinet bukanlah yang pertama menggemparkan dunia politik Malaysia.

Antara skandal seks terawal melibatkan ahli politik adalah pada 11 Disember, 1989 apabila Ahli Parlimen Jelutong ketika itu, Karpal Singh menamakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat DP Vijandrann ketika sidang Parlimen sebagai individu dalam 11 siri pita seks.

Sebelum pendedahan Karpal di Dewan Rakyat, salinan video berkenaan sudah tersebar dalam bentuk pita VHS. Video itu menunjukkan Vijandran mengadakan hubungan seks dengan wanita berlainan.

Tidak seperti zaman sekarang yang mana video mudah disebarkan hanya menerusi telefon, seseorang perlu memiliki pemain VCR untuk menonton video ini. Namun ia bukan satu masalah kerana ramai rakyat Malaysia memiliki VCR untuk menonton drama kegemaran mereka dari Hong Kong, Jepun dan India.

Pita berkenaan, yang dihantar ke pejabat Karpal, dicuri dari rumah Vijandran ketika beliau disamun pada Ogos 1988. Empat penyamun melarikan 11 pita bersama barangan berharga serta beberapa sampul surat dari peti besi di kediamannya.

Walaupun pemimpin MIC itu menafikannya, beliau kemudian mendakwa tidak menyedari sepupunya merakam aksi itu secara rahsia.

Selepas beberapa penafian, Vjandran kemudian hilang kepercayaan dalam MIC dan terus lenyap dari dunia politik Malaysia.

Perbicaraan kes liwat pertama Anwar

Sepuluh tahun kemudian, Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut terlibat dalam skandal seks, walaupun tidak melibatkan rakaman video.

Selepas veliau dipecat pada 2 September, 1998 oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, bekas penulis ucapan Anwar, Munawwar Anees dan adik angkatnya Sukma Darmawan Sasmita Atmadja ditahan kerana disyaki mengadakan hubungan homoseksual dengan pemimpin Umno yang dipecat itu.

Lima hari kemudian, mereka dijatuhi hukuman oenjara enam bulan selepas mengaku bersalah mengadakan “hubungan seks luar tabii” dengan Anwar. Kedua-dua mereka kemudiannya menukar pengakuan dan merayu hukuman mereka, mendakwa mereka dipaksa, namun rayuan mereka ditolak.

Anwar kemudiannya didakwa kerana meliwat dan cubaan mengganggu siasatan. Ketika perbicaraan, bukti utama adalah tilam yang diambil dari sebuah apartmen di Bangsar, yang dikatakan mempunyai kesan air mani Anwar. Ia dihantar sebagai bukti DNA kelakuan seksual Anwar.

Perbicaraan itu bagaimanapun dicemari beberapa keterangan tidak konsisten seperti pihak pendakwaan gagal menentukan tarikh kejadian itu berlaku dengan betul kerana bukti DNA yang tidak konsisten.

Anwar bagaimanapun didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara enam tahun kerana rasuah dan sembilan tahun kerana meliwat. Sabitan liwatnya kemudian ditukar di Mahkamah Tinggi pada September 2004.

Bekas pemimpin MCA Dr Chua Soi Lek turut terpalit dengan skandal selepas video seks beliau dengan seorang wanita tersebar.  – Gambar fail The Malaysian Insight,12 Jun, 2019

Dua kes pada 2008

Selepas sepuluh tahun kemudian, 2008 menyaksikan dua lagi skandal seks melibatkan pemimpin kanan.

Dr Chua Soi Lek dari MCA mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Kesihatan pada 1 Januari, 2008 selepas mengakui beliau merupakan individu dalam video seks yang tersebar dalam bentuk DVD.

DVD berkenaan yang boleh dibeli di pasar malam di sekitar bandaraya, mengandungi rakaman aksi seks Dr Chua bersama rakan wanitanya di sebuah hotel di Johor. Beliau yang sudah berkahwin dan memiliki tiga orang anak itu dirakam secara rahsia ketika sedang mengadakan hubungan seks dengan wanita terbabit di bilik hotel.

Dalam autibiografi yang dikeluarkan tahun lalu, Dr Chua menyalahkan kebangkitan dalam MCA yang menjadi unca kejatuhannya. Namun begitu, Dr Chua kembali menerajui MCA dari 2010 hingga 2013, beliau gagal mendaoatkan sokongan di luar parti selepas itu.

Anwar sekali lagi menjadi tumpuan pada pertengahan 2008 apabila pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis pada 28 Jun kerana beliau diliwat secara paksa oleh majikannya.

Walaupun tiada video atau tilam, bukti DNA sekali lagi digunakan terhadap Anwar. Kali ini ia menerusi air mani yang ditemui pada dubur Saiful tiga hari selepas mendakwa diliwat.

Tidak konsisten tidak terhenti di situ kerana doktor dari Hospital Kuala Lumpur menberi keterangan bahawa tiada kemasukan atau luka pada Saiful walaupun terdapat kesan air mani.

Selepas dua tahun perbicaraan, Anwar akhirnya dibebaskan pada 9 Januari, 2012 selepas Hakim Zabidin Mohd Diah mendapati bukti DNA tidak boleh dipercayai.

Tetapi nasib presiden PKR itu tidak berakhir di situ yang mana keputusan kemudiannya dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum dipertahankan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari, 2015.

Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun sebelum diberikan pengampunan diraja pada 16 Mei, 2018, selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan. 

Anwar sekali lagi jadi sasaran

Sebelum beliau dipenjarakan pada 2015, Anwar sekali lagi dikaitkan dengan satu lagi video seks.

Pada Mac, 2011, bekas ketua menteri Melaka Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari Perkasa ketika itu Shuib Lazim menayangkan video yang didakwa Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita di Thailand.

Rahim, yang sebelum ini ernah didakwa atas kesalahan rogol pada 1994 sebelum pendakwaan ditarik balik, menayangkan video berkenaan kepada kumpulan sasar tertentu termasuk wartawan dan aktivis.

Timbalan presiden PKR Azmin Ali sebelum ini juga pernah terpalit dengan dakwaan salah laku seksual yang kemudiannya dinafikan beliau. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Jun, 2019

Rakaman sepanjang 22 minit itu memaparkan seorang lelaki yang didakwa Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita.

Anwar menafikan dakwaan itu dan isu itu berakhir begitu sahaja dalam beberapa bulan.

Azmin turut terpalit skandal

Timbalan presiden PKR Azmin Ali turut terjebak dengan skandal seks sebelum ini.

Pada 2012, siri gambar seorang lelaki yang mirip kepada Azmin melakukan aksi seksual bersama seorang wanita tersebar di internet.

Gambar berkenaan menunjukkan lelaki yang menyerupai Azmin itu berada di sebuah rumah dan bermesra dengan seorang wanita manakala gambar lain menunjukkan wanita terbabit melakukan seks oral dengan lelaki berkenaan di tandas.

Azmin menafikan dakwaan sebarang salah laku seksual dan penyokong beliau mempertahanannya dan menyatakan ia hanya cubaan untuk memfitnahnya.  – 12 Jun, 2019

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen