Mustafa Akyol ditahan di KLIA


Mustafa Akyol wartawan dan penulis terkenal ditahan di KLIA menurut Twitter IRF tadi. – Gambar YouTube, 25 September, 2017.

PENULIS dan wartawan Turki Mustafa Akyol yang bercadang meninggalkan Malaysia selepas dipanggil pihak berkuasa agama untuk soal siasat ditahan di lapangan terbang malam tadi.

Islamic Renaissance Front (IRF) yang menjadi tuan rumah kepada forum yang sepatutnya dihadiri Mustafa memuat naik catatan di Twitter mengatakan Mustafa telah ditahan di KLIA.

“Selepas diganggu dan dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Akyol kini ditahan imigresen di KLIA,” kata IRF melalui twitternya malam tadi.

Selepas itu, IRF mengatakan: “ Kami syak ia ada kaitan dengan Jawi. Talibanisasi yang menakutkan.”

Mustafa dijadualkan bercakap dalam topik “The Islamic Jesus: The Commonalities Between Judaism, Christianity and Islam”, Nottingham University Malaysia tengah hari semalam, tetapi Jawi meminta forum itu ditangguhkan selepas memanggil Mustafa untuk soal siasat. – 25 September, 2017.

 

 

 



 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen