PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak tahu menahu tentang sepotong rakaman video seks melibatkan seorang lelaki yang mirip seorang menteri.
“Saya tidak tahu tau apa pun, saya baharu dengar, saya kena bacalah dulu.
“Kalau you (awak) boleh bagi briefing (taklimat), baguslah juga,” katanya kepada wartawan di Putrajaya.
Beliau diminta mengulas penyebaran potongan video sepasang lelaki dalam keadaan intim melalui media sosial sejak malam tadi.
Dr Mahathir bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi hari ini.
Mesyuarat disertai Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub dan Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNB) Zeti Akhtar Aziz. – 11 Jun, 2019.
Komen