Obama pernah beri amaran bahaya berita palsu kepada Zuckerberg


Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg berdepan tekanan memastikan media sosial utama dunia itu memerangi gejala berita palsu yang menular di dalamnya sehingga dikatakan mempengaruhi keputusan pilihan raya presiden AS. – Gambar YouTube, 25 September, 2017.

BEKAS Presiden AS Barack Obama secara peribadi pernah menggesa pengasas Facebook, Mark Zuckerberg untuk memerangi peningkatan berita palsu dalam media sosial pada pertemuan yang diadakan tidak berapa lama selepas pilihan raya presiden tahun lepas, lapor Washington Post semalam.

Pertemuan itu dikatakan berlaku ketika mesyuarat pemimpin dunia di Lima, Peru pada 19 November, dua bulan selepas majlis angkat sumpah Trump dan beberapa hari selepas Zuckerberg mengetepikan idea “gila” yang Rusia memainkan peranan besar dalam mempengaruhi keputusan pilihan raya presiden AS itu.

“Zuckerberg mengakui wujudnya masalah ditumbulkan berita palsu. Tetapi dia beritahu Obama yang mesej (berita palsu) itu tidak tersebar luas dalam Facebook dan tiada penyelesaian mudah,” kata akhbar itu memetik sumber yang mengetahui pertemuan itu.

Laporan itu dikeluarkan selepas Facebook mengumumkan yang syarikat itu akan menyerahkan laporan iklan yang didakwa dibeli akaun palsu milik Rusia yang bertujuan mewujudkan ketegangan politik sebelum dan selepas pilihan raya kepada Kongres.

Kremlin sehingga kini menafikan terlibat dalam skandal itu. – AFP, 25 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen