PINDAAN baharu akan diperkenalkan tidak lama lagi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 untuk mengharamkan iklan dalam talian mengenai penjualan haiwan terancam, lapor The Star hari ini.
Dalam satu laporan, kertas itu memetik Ketua Pengarah Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) Abdul Kadir Abu Hashim sebagai berkata bahawa undang-undang baharu diperlukan kerana pada masa ini tidak ada peruntukan undang-undang yang melarang pengiklanan haiwan peliharaan eksotik di media sosial saluran.
Beliau memberitahu kepada akhbar harian berbahasa Inggeris itu bahawa jabatan Perhilitan akan menghantar cadangan pindaan melalui Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.
Menurut Abdul Kadir, Perhilitan telah membuat analisis impak undang-undang tersebut pada bulan April yang menyatakan penguatkuasaan undang-undang yang khusus perlu dibuat berhubung iklan dalam talian mengenai penjualan hidupan liar.
The Star memetik Abdul Kadir sebagai berkata bahawa 420 aduan mengenai jualan haiwan liar dalam talian diterima sejak 2016 dan 2018.
Laporan itu mendedahkan bahawa lebih daripada 100 penjual telah menggunakan saluran dalam talian untuk mengiklankan haiwan ini.
Baru-baru ini, seorang penyanyi perempuan ditanhan kerana secara haram menyimpan beruang matahari di unit kondominiumnya sehingga mencetuskan perdebatan dalam talian mengenai pembelian dan penjualan haram hidupan liar.
Terdapat hanya 300 hingga 500 beruang matahari hidup di Malaysia sejak 2018 seperti yang dianggarkan oleh Perhilitan.
Sementara itu, pengarah penguatkuasa Perhilitan Dr Pazil Abdul Patah memberitahu The Star bahawa peniaga haram menggunakan orang tengah sebagai cara untuk mengelak daripada penguatkuasaaan undang-undang
“Terdapat sindiket yang beroperasi dalam talian dan mereka menggunakan orang tengah tidak secara fizikal memiliki haiwan berkenaan.
“Pengendali sindiket itu akan menitipkan haiwan tersebut secara terus kepada para pelanggan, dan orang tengah akan menerima komisen daripada jualan,” katanya dipetik sebagai berkata dalam laporan itu.
Seseorang hanya boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, jika didapati memiliki haiwan liar yang berkenaan.
“Oleh itu, kita tidak boleh mengenakan hukuman terhada[ orang tengah yang tidak memiliki haiwan bersamanya. Itulah masalahnya,” kata Dr Pazil.
Dr Pazill menjelaskan bahawa perniagaan dengan izin khas dari Perhilitan dibenarkan menjual spesies hidupan liar tertentu dan mengatakan spesies yang dilindungi dilarang untuk dijual kepada orang ramai.
“Mereka (spesies terancam) hanya boleh dibiarkan hidup di alam liar atau di kebun binatang,” katanya.
Presiden Persatuan Alam Semulajadi Malaysia, Prof. Dr. Ahmad Ismail pula mengatakan perdagangan haram haiwan eksotik harus menerima penguatkuasaan hukuman yang tegas demi menanganinya.
“Teknologi baru, komunikasi dan jumlah wang yang tinggi yang terlibat dalam perdagangan hidupan liar menjadikannya agak sukar untuk menangani pemburuan haram dan penyeludupan.
“Kerjasama dengan semua agensi diperlukan, dengan sokongan orang ramai,” kata Dr Ahmad.
Bercakap lebih lanjut, aktivis hak haiwan itu turut menegaskan bahawa pengetahuan dan kesedaran pengguna adalah penting untuk memastikan permintaan terhadap haiwan peliharaan eksotik berkurang.
“Pemburuan haram terus berlanjutan kerana permintaan terhadap haiwan liar untuk daging mereka dan sebagai haiwan kesayangan,” katanya kepada The Star. – 9 Jun, 2019.
Komen