LATHEEFA Koya perlu berani, tidak memihak dan tidak tunduk kepada tekanan untuk menjadi ketua pesuruhjaya agensi anti rasuah yang baik, pesan bekas penyandang jawatan itu Mohd Shukri Abdull.
Shukri turut menasihati peguam terkenal itu untuk melakukan perkara yang betul dengan sebaiknya dalam mengetuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Yang pertama lakukan perkara yang betul dan dia mesti melakukannya dengan betul, itu penting,” katanya dalam sidang medianya hari ini, seminggu selepas bersara secara rasmi dari jawatan itu.
Shukri yang pernah disingkirkan dari SPRM kerana menyiasat bekas perdana menteri Najib Razak juga berharap Latheefa bertindak dengan “berani, bebas, neutral dan tidak memihak”.
“Jangan takut pada tekanan. Jangan takut dibuang sekalipun. Beliau akan jadi pemimpin yang baik,” kata Shukri lagi. – 8 Jun, 2019.
Komen