POLITIK etnik masih relevan dalam negara berbilang kaum di Malaysia, kata Tengku Razaleigh Hamzah yang percaya ia tidak bersifat perkauman.
Sebaliknya, politik etnik itu bertujuan untuk menguntungkan kelompok kaum tertentu, katanya kepada The Malaysian Insight dalam satu wawancara.
Bagaimanapun, beliau bimbang jika kaum minoriti dalam negara akan menjadi lebih berani apabila melihat kuasa ekonomi China dan India, yang menurutnya akan menimbulkan masalah.
“Dengan negara China dan India membangun pesat, minoriti dalam negara akan berasa bersemangat dan akan ada pertembungan apabila jumlah orang Melayu semakin besar.
“Itu yang saya takutkan,” katanya lagi.
Jelasnya, di negara berbilang kaum seperti Amerika Syarikat dan Perancis, perkara itu tetap dapat dilihat apabila rakyatnya berubah sikap menjadi nasionalis yang mementingkan etnik.
Ahli Parlimen yang berkhidmat paling lama di dunia (51 tahun) itu juga berpendapat PAS dan Umno perlu menjelaskan objektif kerjasama dalam meraih sokongan masyarakat Melayu.
Berikut petikan wawancara tersebut:
S: Adakah politik etnik masih sesuai dalam negara berbilang kaum? Tidakkah kita patut cuba menjadi negara berbilang kaum lain seperti Perancis atau Amerika Syarikat yang berasaskan kepada identiti negara bangsa?
Kita boleh impikannya tetapi bukan senang. Kita ada 10% India dan 25% Cina dan ia bagus untuk kepelbagaian kaum dan melengkapkan kemajuan.
Masalah pokoknya adalah bagaimana kita memastikan kekayaan kita diagihkan dengan adil. Apabila ada wang di dalam poket, tiada orang akan berebut.
Dengan negara China dan India membangun pesat, minoriti dalam negara akan berasa bersemangat dan akan ada pertembungan apabila jumlah orang Melayu semakin besar. Itu yang saya takutkan.
Jadi politik mestilah diterima oleh semua dan bukan secara ekstrem. Ia tidak akan berkesan.

S: Apakah kerjasama yang sesuai dilaksana dengan PAS?
Ia berlaku dengan tiba-tiba, Umno dan PAS mendakap satu sama lain dan berkata mereka akan bekerjasama. Tetapi pemimpin PAS berkata mereka ttidak akan bekerjsama tetapi melihat satu perkara demi satu perkara. Mereka kata akan pertimbangkan kerjasama untuk pilihan raya akan datang. Mereka dudah tubuhkan jawatankuasa teknikal, tapi jawatankuasa teknikal apa?
Kita taju PAS akan mengambil jalan Islamis berdasarkan pendekaan mereka, yang tidak sepenuhnya mengikut Islam. Adakah kita akan mengikut perkara itu? Adakah mereka akan ikut pendekatan nasionalis kami?
S: Adakah ia akan berjaya?
Iia berjaya sebelum ini tetapi mungkin setiap orang akan mencari jalan masing-masing dan cuba menjadi titik pertemuan di tengah-tengah untuk memenangi pilihan raya.
S: Bolehkah Umno dan PAS berkongsi kuasa dalam negeri majoriti Melayu (Kedah, Kelantan dan Terengganu)?
Kita melakukannya dengan baik sewaktu zaman Abdul Razak dan memenangi pilihan raya dan melaksana program di merata tempat.
Kita juga diterima dengan baik. Tetapi ada penyimpangan dan ada yang menekankan pada parti dan bukan pada kesejahteraan negara. Ini menyebabkan berlaku perpecahan dan di situlah bermula konflik.
Saya mahu tahu ke mana arah tuju kita sekarang. Ia bukan soalan yang sukar.
Jika anda berfikir dengan jelas dan semasak-masaknya, apa yang anda mahu? Umno ditolak. (Umno) boleh kata ia ada wakil paling ramai di Parlimen tetapi ia ditolak di negeri dan juga di peringkat kebangsaan.
S: BN berjaya sebagai parti politik kerjasama bagi kepentingan komuniti berbeza. Bolehkah BN menang lagi jika berganding dengan PAS atas platform konservatif?
Jika kita lihat apa yang berlaku di Amerika Syarikat dan banyak negara di Eropah seperti Perancis, rakyatnya menjadi sangat nasionalis mengikut kumpulan entik. Sebab itu (politik etnik) masih relevan dan di sini juga perasaan itu sama.
Ia bukan perkauman tetapi untuk memastitkan kelompok tertentu akan mendapat keuntungan daripada perjuangan. Ia bukan soal mencabar orang untuk bergaduh tetapi untuk memperbaiki diri sendiri. Saya fikir itulah apa yang (Donald) Trump cuba lakukan di Amerika.
Kecuali di Jerman, yang sangat terbuka, semua orang melakukan perkara serupa.
Saya dikir pendekatannya tidak salah dan ia bukan perkauman tetapi soal mempertahan satu kelompok yang dijaga.
S: Tapi bolehkan BN berjaya dengan pendekatan ini?
Itulah yang dirasai oleh warga dunia pada masa ini. Ia bukan sahaja di Malaysia. Malah di China, rakyatnya menjadi bertambah nasionalistik dan semakin menyerlahkannya.
S: Pada pendapat Tengku, Umno patut bekerjasama dengan siapa?
Saya tidak tahu bagaimana untuk nasihati kerana tiada apa yang pasti. Apabila ada pilihan raya kecil, mereka kerjasama dengan PAS. Tapi kita tidak tahu apa prinsip yang mengawal hubungan kerja ini.
Adakah hubungan ini hanya untuk menang pilihan raya atau adakah PAS akan jadi komponen dalam Barisan Nasional seperti sewaku zaman Abdul Razak untuk mengurangkan politiking dan memfokuskan kepada pembinaan negara?
Langsung tidak nampak apa-apa yang pasti dalam kerjasama sekarang ini.
Pemikiran mengenainya tidak mendalam dan saya tidak boleh ikut cara pemikiran seperti ini. Segala-galanya secara ad hoc.
Sejauh mana kita patut kerjasama dengan PAS? Adakah kita patut guna ideologi mereka atau adakah PAS patut terima ideologi kia atau adakah titik pertemuan yang kita boleh usahakan bersama?
Tiada petunjuk sama sekali. Kita berganding dengan PAS untuk menolak ICERD dan mengadakan perhimpunan tetapi orang kata ia perhimpunan PAS dan kita hanya pengikut. Jadi di mana Umno dalam semua ini sebagai parti yang ada jumlah pengikut dan ahli Parlimen yang agak besar? – 7 Jun, 2019
Komen