Korea Utara, Venezuela dan Chad tersenarai dalam larangan ke AS


Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un masih enggan tunduk kepada resolusi PBB untuk menghentikan program senjata yang menjadi antara punca negara itu dikenakan sekatan perjalanan ke AS. – Gambar EPA, 25 September, 2017.

KOREA Utara, Venezuela dan Chad turut disertakan dalam senarai terbaharu negara yang disasarkan dalam sekatan perjalanan Amerika Syarikat berikutan tahap keselamatan yang longgar dan kurang kerjasama dengan pihak berkuasa AS.

Sudan yang merupakan satu daripada negara majoriti Islam yang tersenarai sebelum ini, dibuang daripada senarai, menjadikan lapan negara dengan sekatan penuh atau separuh bagi perjalanan ke AS.

Sekatan perjalanan penuh diletakkan kepada warganegara Korea Utara dan Chad, manakala larangan kepada Venezuela terhad kepada pegawai daripada agensi kerajaan dan keluarga mereka yang disenaraikan. 

Negara lain yang termasuk dalam senarai sekatan itu adalah Iran, Libya, Syria, Somalia dan Yaman. – AFP, 25 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen