Bimbang tindak balas kementerian punca kami berdiam diri, kata guru 


Khoo Gek San

Segelintir guru menyatakan beban kertas kerja mereka berkurangan namun ia dialihkan kepada pengetua dan pembantunya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Jun, 2019

BIMBANG berdepan hukuman, termasuk ditukarkan atau dipecat, menhalang guru-guru daripada bersuara menegnai masalah yang dihadapi mereka, kata persatuan pengetua dan guru.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight, sesiapa yang bersuara akan berdepan dengan tujuh hukuman - penurunan pangkat, pertukaran, amaran lisan dan bertulis, tiada kenaikan gaji dan “latihan semula”. Dalam kes yang lebih serius, guru-guru juga berdepan hukuman dipecat.

Menurut mereka, pihak mereka juga menerima panggilan telefon daripada kementerian sekiranya mereka bercakap sesuatu yang bertentangan dengan menteri atau timbalan menteri.

Presiden Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) Ong Chiow Chuan berkata, baru-baru ini beberapa orang pengetua sekolah menerima amaran daripada Kementerian Pendidikan selepas mereka mengadu kepada media mengenai masalah kekurangan guru di sekolah vernakular Cina.

Pengetua terbabit diberi amaran agar tidak bercakap kepada media, tambahnya.

Ong juga berkata, kritikan terbaharu terhadap kerajaan Pakatan Harapan adalah berhubung pembaharuan yang perlahan dan berterusan menggunakan dasar perkauman yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu.

Katanya, kerajaan baharu gagal menterjemahkan konsep kesamarataan untuk semua.

Sementara itu, seorang pengetua berkata, situasi itu bertambah buruk di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Menurutnya, walaupun terdapat halangan terhadap penjawat awam pada masa lalu, peraturan ini tidak dikuatkuasakan dengan ketat.

“Kini adalah mustahil untuk bercakap tentang isu negatif,” katanya.

“Kami adalah penjawat awam. Sekiranya mereka meluahkan masalah yang dihadapi sekolah, mereka akan dipertaggungjawabkan dan perlu menulis laporan. Kerajaan dilihat menyokong kebebasan bersuara, tetapi kami tidak boleh mengatakan perkara negatif, kita hanya perlu laporkan perkara baik sahaja.

Terdapat segelintir pengetua mendakwa mereka menerima amaran kerana bercakap kepada pihak media berhubung masalah yang dihadapi di sekolah mereka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Jun, 2019

“Kami semua terikat dengan Perintah Am. Secara jujurnya, selepas perubahan kerajaan, ia semakin ketat.

“Sekiranya pengetua dan guru ada konflik dengan menteri pendidikan atau timbalannya, mereka akan menerima panggilan telefon. Mereka akan dimita untuk menarik balik kenyatan mereka,” kata pengetua yang enggan identitinya didedahkan.

Tambah beliau, ia menambahkan lagi rasa takut dalam kalangan warga pendidik.

“Penjawat awam bimbang untuk menentang dan tidak boek bercakap kepada media mengikut kehendak mereka.”

Malah, mereka dalam kesatuan guru juga tidak dibenarkan bercakap kepada media, tambahnya.

“Memang sudah dijangka akan timbul masalah sekiranya ada yang mahu mengubah sektor pendidikan. Isu seperti pertukaran warna kasut daripada putih kepada hitam, kursus Muet, kekurangan guru dan lain-lain.

“Walaupun kementerian berkata beban guru akan dikurangkan sehingga 30%, beban itu dialihkan kepada pengetua dan pembantu mereka.”

Baru-baru ini, Ong dalam ucapannya pada Kongres Jiao Zong ke-68 menggesa kerajaan untuk mengambil serius insiden yang mana pengetua dihalang daripada bersuara.

“Ada sesetengah pengetua diberi amaran selepas mereka bercakap kepada media mengenai kekurangan guru.

“Insiden menghalang kebebasan bersuara ini sudah lama berlaku sejak dalam kerajaan terdahulu dan ia tidak pernah berubah.

“Kerajaan baharu terus mengamalkan amalan tidak baik ini. Ia tidak selaras dengan pemikiran kerajaan baharu yang menekankan ketelusan, mendenagr pendapat awam dan kebebasan bersuara.”

Setiausaha Agung NUTP Henry Tan percaya, Kementerian Pendidikan perlu bekerja rapat dengan guru-guru untuk menyelesaikan masalah ini agar semua pihak dapat terus maju bersama-sama.

“Para guru berdepan banyak masalah operasi namun apa yang penting ialah kementerian perlu meningkatkan kerjasama dengan guru untuk menyelesaikan masalah.

“Ia perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di peringkat akar umbi agar semua pihak dapat terus maju bersama. Sebagai contoh, kertas kerja yang berulang mencuri masa kami dengan pelajar.

“Semua pihak dalam kementerian perlu menyemak semula kertas kerja/laporan agar wujud situasi menang-menang yang mana semua pihak mampu menggunakan maklumat ini bukan hanya untuk pegawai dalam kementerian sahaja,” kata Tan. – 3 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen