Debat hak Bumiputera bukan keutamaan sekarang


TATKALA negara kita berhadapan dengan pelbagai cabaran, ada pula kumpulan-kumpulan yang ghairah menimbulkan persoalan mengenai hak-hak Bumiputera. Perkara ini telah termaktub dalam Perlembagaan dan ia tidak perlu diperdebatkan langsung.

Usaha sesetengah pihak yang sengaja mahu menimbulkan isu-isu hak Bumiputera yang telah dijamin oleh Perlembagaan ini adalah satu perkara yang perlu dibendung.

Ia bukan keutamaan negara, apatah lagi dalam keadaan ia hanya akan menimbulkan perbalahan yang tidak berkesudahan.

Bagi mereka yang mengkritik YB Dr Maszlee Malik dan lain-lain pemimpin negara, saya sarankan anda kajilah dengan baik apa yang sebenarnya diperlukan oleh rakyat terbanyak di Malaysia hari ini.

Jangan terperangkap dalam kepompong kecil anda sahaja.

Keperluan mendesak hari ini bukanlah untuk isu-isu hak ini dipersoal dengan tak semena-mena. Tetapi kita perlu fokus kepada isu yang menyentuh kehidupan seharian rakyat terbanyak.

Cukuplah bermain dengan isu-isu sensitif. Janganlah tersalah, atau sengaja salah, pilih isu kerana hasilnya nanti negara akan lebih berpecah belah kerana tindakan anda. – 28 Mei, 2019


* Wan Saiful Wan Jan merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen