Malaysia hantar semula 450 tan sisa plastik ke negara asal


Mikha Chan

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam sekitar dan Perubahan iklim Yeo Bee Yin berkata sisa berkenaan berasa dari Australia, Amerika Syarikat, Kanada, Arab Saudi, Jepun, China, Sepanyol dan Bangladesh. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 28 Mei, 2019.

MALAYSIA akan menghantar semula 450 tan metrik sisa plastik tercemar ke negara asal, kata Yeo Bee Yin.

Menteri tenaga, sains, teknologi, alam sekitar dan perubahan iklim itu berkata sisa berkenaan berasa dari Australia, Amerika Syarikat, Kanada, Arab Saudi, Jepun, China, Sepanyol dan Bangladesh.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas sisa yang dibawa masuk melalui 10 kontena daripada lebih 50 kontena yang dihantar secara haram itu masih berjalan.

“Sampah didagangkan atas alasan kitar semula. Rakyat Malaysia terpaksa menerima kuliti udara yang teruk dan masalah pencemaran lain akibat pembakaran plastik secara terbuka.

Kita lihat perbuatan pelaku ini sebagai pengkhianat kepada kelestarian negara. Perbuatan mereka perlu dihentikan dan dihukum,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pemeriksaan ke atas sembilan kontena di Pelabuhan Klang hari ini.

Yeo berkata pada 4 April lalu Kabinet memberi mendat kepada kementeriannya untuk menubuhkan satu pasukan petugas khas dengan kerjasama agensi lain untuk menyiasat penyeludupan sisa plastik ke Malaysia.

Operasi bersama hari ini diketuai oleh Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, polis, Lembaga Pelabuhan Klang, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan Westports Malaysia. – 28 Mei, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen