Penjawat awam ditahan terima rasuah set golf bernilai RM1,990


Kalidevi Mogan Kumarappa

SEORANG penjawat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana didakwa menerima satu set golf bernilai RM1,990 bagi mendapatkan projek mengecat semula jalan, kata sumber.

The Malaysian Insight difahamkan lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Selangor kira-kira pukul 4 petang.

Sumber berkata, suspek menerima tujuh batang kayu golf itu di pejabatnya pada Mac lalu.

“Ia adalah habuan selepas membantu seorang peniaga mendapat projek mengecat semula garisan jalan dan lain-lain bernilai RM224,578,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

Suspek juga difahamkan akan dibawa je Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk mendapatkan perintah reman. – 27 Mei, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen