PRESIDEN PKR, Anwar Ibrahim memohon maaf ekoran kecaman terhadap majlis berbuka puasa yang baru-baru ini dianjurkan Angkatan Muda Keadilan PKR dianggap tidak menghormati makna sebenar puasa di bulan Ramadan.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata pihaknya telah menegur penganjur acara itu, yang menampilkan persembahan lagu dan bunga api yang disamakan dengan suasana ‘pesta-pestaan’.
“Saya memohon maaf atas keterlanjuran ini,” kata Anwar pada sidang akhbar yang diadakan selepas mesyuarat jawatankuasa pusat PKR hari ini.
Beliau berkata pemimpin sayap pemuda parti itu telah diberi amaran tegas, dan mengingatkan supaya tidak terlibat dalam tindakan yang tidak selaras dengan budaya dan tradisi Islam. – AFP, 26 Mei, 2019.
MENYUSUL
Komen