POLIS telah meminta bantuan Interpol bagi mengenal pasti lokasi seorang wanita Malaysia yang melakukan serangan ganas sehingga menyebabkan seorang warga Filipina cedera parah di Kuching, Sarawak.
Polis hari ini berkata kecederaan yang dialami Penny Fritz Gutierrez Pido tidak ada kaitan dengan penderaan pembantu rumah seperti yang didakwa oleh adik perempuan Pido dan portal dalam talian.
“Kami sedang cari suspek dengan bantuan Interpol,” kata timbalan ketua OCPD Kuching Nazron Mohd Yusoff.
Beliau juga menjelaskan bahawa kes itu bukan kes penderaan pembantu rumah.
“Mangsa bukan pembantu rumah seperti yang didakwa tetapi merupakan kekasih kepada bapa suspek.”
Pido, seorang ibu berusia 39 tahun, adalah bekas pekerja Filipina ke luar negara (OFW).
Menurut Ahli Parlimen Kuching Kelvin Yii di laman Facebooknya pada 16 Mei lalu, Pido “mengalami luka parah di kepalanya (dengan mendapat 50 jahitan), patah tangan, cedera di ‘pergelangan tangan’ dan tapak tangan” dalam serangan yang dilaporkan berlaku pada 8 Mei lalu.
Yii dilaporkan telah melawat mangsa di hospital.
Nazron tidak mendedahkan butiran siasatan polis namun mengesahkan bahawa suspek telah meninggalkan negara.
Pido pernah bekerja sebagai pembantu rumah bagi keluarga suspek dari tahun 2015 hingga 2017, menurut adik perempuannya, yang menemani Pido di Pusat Perubatan Borneo.
Jackylin memberitahu pemberita bahawa anak perempuan bekas majikan kakaknya itu berusia 25 tahun adalah orang yang bertanggungjawab memukul saudaranya selepas mendapat tahu daripada ibunya tentang hubungan bapanya dengan kakaknya.
Jackylin berkata kakaknya pulang ke Tondo, Manila, setelah meninggalkan pekerjaannya pada tahun 2017. Namun dia kembali ke Malaysia untuk bekerja dengan sebuah keluarga - pasangan warga Britain yang berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia - kerana masalah kewangan dan dia turut “meminta wang”.
“Majikannya berkata dia boleh memberi wang tunai tersebut jika dia bekerja untuknya lagi,” kata Jackylin.
Jackylin memberitahu pemberita di Kuching hari ini dia takut keselamatan kakaknya sekarang “kerana dia berada dalam keadaan terancam”.
Jackylin bagaimanapun tidak mendedahkan siapa yang membuat ancaman atau apakah bentuk ancaman tersebut, walaupun Penny mendakwa bahawa wanita yang memukulnya mengancam jika dia melaporkan hal itu kepada polis.
Jackylin bagaimanapun mendakwa isteri bekas majikan Pido melawatnya di hospital dan meminta untuk dia menggugurkan kes tersebut, namun adik perempuannya enggan.
Masalah yang dihadapi sekarang menghadapi adik-beradik Pido ialah bil perubatan yang semakin meningkat.
Jackylin mendakwa bekas majikan kakaknya telah membayar RM11,000 sebagai deposit tetapi kini bil perubatan telah melonjak kepada lebih RM40,000.
“Dia boleh dilepaskan tetapi hospital tidak akan membiarkan dia pergi kerana dia masih berhutang hampir RM30,000.”
Jacklin berkata dia kini sedang meminta bantuan kedutaan Filipina.
Dia berkata salinan bil hospital telah diserahkan kepada wakil Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur kerana “majikan enggan membayarnya”.
Yii, yang pos Facebooknya sebenarnya mengetepikan NGO untuk Filipina OFWs, juga menulis, “Ini adalah perkara yang serius. Walaupun seseorang melakukan kesilapan, tiada siapa yang berhak dipukul seperti itu. Ini mungkin menjejaskan hubungan diplomatik dengan negara jiran kita jika tidak ditangani dengan betul.
“Saya berterima kasih atas respon segera pihak polis. Saya berharap penyiasatan itu akan dijalankan secara telus dan mereka yang bertanggungjawab harus dibawa ke muka pengadilan.” – 25 Mei, 2019.
Komen