Pelajar Sarawak guna subsidi penerbangan untuk pulang sempena Gawai, Hari Raya


Desmond Davidson

Hampir 6,000 pelajar Sarawak di Malaysia Barat, Sabah dan Labuan telah menggunakan subsidi tiket penerbangan kerajaan untuk pulang ke kampung halaman sempena perayaan Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

Kerajaan Sarawak memperkenalkan subsidi tiket penerbangan RM300 tahun ini kepada pelajar sepenuh masa di universiti dan institusi pengajian tinggi berdaftar dengan kementerian pendidikan. 

Jumlah terkini pelajar yang dicatatkan oleh sekretariat Sukarelawan Sarawak, yang menguruskan pemohonan subsidi perjalanan itu, adalah 5,604 orang.

“Jumlah itu meningkat dengan mendadak apabila musim perayaan semakin hampir,” kata kakitangan sekretariat berkenaan yang enggan namanya disiarkan. 

Kakitangan terbabit berkata, sebanyak 5,446 permohonan subsidi itu telah diproses dengan 3,545 daripadanya diluluskan. 

Gawai Dayak, iaitu pesta menuai padi, berlangsung pada 1 Jun setiap tahun dan merupakan cuti umum 2 hari di negeri itu. 

Sejak hari kedua Gawai – yang bermaksud keraian dalam bahasa Iban – jatuh pada Ahad, 3 Jun adalah cuti umum.

Masyarakat Dayak akan pulang ke kampung halaman masing-masing sebelum malam menjelang Gawai, kerana malam itu menjadi kemuncak kemeriahan sambutan perayaan berkenaan. 

Sambutan Hari Raya Aidilftri tahun ini jatuh pada 5 dan 6 Jun. – 24 Mei, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen