Najib ke Pulau Pinang untuk makan nasi kandar hujung minggu ini


Looi Sue-Chern

Najib Razak yang dijadualkan tiba pada Sabtu, akan menuju ke gerai nasi kandar popular di Butterworth sebagai destinasi pertama. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Mei, 2019.

BEKAS perdana menteri Najib Razak akan ke Pulau Pinang hujung minggu ini untuk makan nasi kandar dan bertemu rakan lamanya.

Beliau yang dijadualkan tiba pada Sabtu, akan menuju ke gerai nasi kandar popular di Butterworth sebagai destinasi pertama.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Musa Sheikh Fadzir berkata ini adalah lawatan pertama Najib ke negeri kubu kuat Pakatan Harapan (PH), sejak pilihan raya umum tahun lalu. Kali terakhir beliau mengadakan lawatan ke Kepala Batas dan Tasek Gelugor ketika kempen pilihan raya.

“Ini lawatan tidak rasmi dan beliau kata nak makan nasi kandar. Jadi bila beliau sampai sekitar tengah malam nanti, kita akan bawa beliau gerai ke Pondok Ketapang,” Musa memberitahu The Malaysian Insight.

Gerai nasi kandar yang terletak di Kampung Benggali yang beroperasi sehingga jam 11 malam itu, adalah gerai makan pada waktu lewat malam yang popular di kalangan penduduk tempatan. Ia juga terkenak kerana pelanggan yang terpaksa beratur panjang untuk menikmati nasi kandar.

Musa berkata selain itu Najib akan bertemu rakan-rakan lama beliau dari Umno Pulau Pinang di Hotel The Light di Seberang Jaya pada petang Ahad sebelum ke Bayan Baru. – 23 Mei, 2019.

Berita penuh di sini.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen