-2.jpg)
SERANGAN media, dan tekanan politik terhadap Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik oleh naib presiden MCA, presiden Gerakan dan pimpinan Ahli Jawatankuasa DAP Pusat adalah bersifat rasis dan sekadar berlumba-lumba menjadi jaguh kaum.
Mendesak dan mengesa agar kuota matrikulasi dihapuskan adalah kerja gila dan tidak berasaskan Perlembagaan. Tema Malaysia Baharu tidak hanya berkait rapat dengan kesamarataan iaitu penghapusan kuota terhadap kaum.
Nasihat saya, tidak bersetuju atau berpuas hati bukan lesen membodohkan individu. Awas, percakapan yang dikeluarkan pimpinan adalah seperti bom jangka yang boleh meletupkan keharmonian.
Maszlee tidak perlu memohon maaf dan berganjak ke belakang biarpun terdapat sejuta yang menandatangani sebarang petisyen mendesak beliau letak jawatan.
Jika mahu bicara soal keadilan, jangan cabar keterbukaan yang diberi. Jika tidak, bubarkan sekolah vernakular – baru kita bincang tentang kuota matrikulasi.
Kesemua pimpinan tertinggi parti komponen Pakatan Harapan wajib teguh menyokong pendirian Maszlee – termasuk pimpinan pembangkang. – 20 Mei, 2019.
* Muzzammil Ismail adalah exco Pemuda Bersatu Kebangsaan.
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Ravinder Singh · Ulasan