Ahli Parlimen Sarawak minta pindaan menyeluruh terhadap Perlembagaan Persekutuan


Desmond Davidson

Resolusi penggubal undang-undang Sarawak untuk “pindaan menyeluruh kepada perlembagaan persekutuan” telah dibincangkan pada Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Perjanjian Malaysia (1963) hari ini di Putrajaya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Mei, 2019

RESOLUSI penggubal undang-undang Sarawak untuk “pindaan menyeluruh kepada perlembagaan persekutuan” telah dibincangkan pada Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Perjanjian Malaysia (1963) hari ini.

Ia merupakan yang pertama sejak Putrajaya gagal meminda Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan pada 11 April.

Pertemuan di Putrajaya dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan dihadiri Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg.

Timbalan Menteri Undang-Undang, Hubungan Persekutuan dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dalam temu bual dengan unit komunikasi awam UKAS berkata, kesemua yang pihaknya ingin tunjukkan mengenai hak telah dibincangkan.

Bagaimanapun beliau berkata, tiada keputusan diambil terhadap apa yang dibicangkan seperti jika mereka akan dibincangkan semula dalam mesyuarat akan datang atau dihantar kepada jawatankuasa teknikal untuk pertimbalan lanjut.

“Perbincangan dijalankan secara harmoni dan positif,” katanya.

Resolusi yang dibentangkan pada mesyuarat di Putrajaya hari ini telah dibahaskan dan disahkan oleh Dewan Perundangan Sarawak pada 30 April.

Resolusi ini bertujuan mendapatkan pindaan yang komprehensif kepada Perlembagaan Persekutuan supaya memulihkan status Sarawak sebagai sebahagian dengan Persekutuan Tanah Melayu apabila Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah dipersetujui dan dimeterai telah disokong oleh semua penggubal undang-undang.

Hasidah menyenaraikan enam peruntukan utama dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda.

“Bagaimanapun senarai itu tidak menyeluruh dan tertakluk kepada pertimbangan selanjutnya,” katanya. – 17 Mei, 2019

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen