Apa yang merunsingkan pengguna media sosial Malaysia


Mustafa K. Anuar

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata Akta Komunikasi dan Multimedia sedia ada akan dipinda untuk menghalang insiden bunuh diri susulan undian di Instagram, berulang. – Gambar fail EPA, 17 Mei, 2019.

INSIDEN seorang remaja di Sarawak yang membunuh dirinya dengan terjun dari bangunan tinggi selepas mendapat sokongan berbuat demikian daripada pengguna Instagram, adalah tragik dan sangat membimbangkan.

Ia tragik kerana nampak jelas remaja itu, yang memang dalam keadaan kemurungan, terdesak mencari bantuan dan jawapan terhadap permasalahannya.

Dan tetapi, 69% daripada pengguna media sosial yang respons terhadap undian dimuat naik remaja itu sebelum membunuh diri, memilih kematiannya, berbanding meneruskan hidup.

Ia sangat membimbangkan dan keji kerana mereka ini jelas memilih untuk tidak berasa belas kasihan.

Nampaknya pengguna media sosial ini berani untuk bertindak kejam kepada orang yang tidak dikenali dan menjadi penonton jahat, yang sudah pun menjadi satu budaya dalam dunia media sosial.

Pengguna Instagram ini melampaui batas kerana perangai seperti ini tidak selari dengan semangat masyarakat penyayang yang dibawa oleh pemimpin politik kita.

Maka tidak mengejutkan apabila insiden ini menyebabkan pihak berkuasa khususnya Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, mengambil langkah menghalang kejadian sama berulang lagi.

Gobind berkata kerajaan akan cuba untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia sedia ada dalam menangani masalah itu. Bagaimanapun, usaha itu perlu dilakukan dengan halus supaya ia tidak melanggar hak kebebasan bersuara.

Kerajaan Malaysia tidak sendirian dalam isu salah guna media sosial, terutama membabitkan buli siber dan membunuh orang ketika sedang live dan dirakamkan gambarnya.

Kerajaan Britain dan profesional kesihatannya, sebagai contoh memberi tekanan kepada Instagram baru-baru ini supaya berhati-hati dengan keselamatan pengguna muda dan kanak-kanak, terutama mereka yang ada kecenderungan mencederakan diri sendiri. – 17 Mei, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen