SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat (AS) Rex Tillerson menyertai Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Rabu untuk mengadakan pertemuan kali pertama dengan sekutu yang menyokong perjanjian nuklear Iran.
Ketua polisi luar negara Pertubuhan Eropah Federica Mogherini mempengerusikan pertemuan tertutup untuk membahas perjanjian 2015 yang diancam Presiden Donald Trump untuk dibatalkan kecuali ia dibuka kembali untuk rundingan.
Trump dijangka melaporkan kepada Kongres AS pada 15 Oktober sama ada beliau boleh mengesahkan Iran mematuhi perjanjian, yang menerima limitasi terhadap program nuklearnya.
Pada Rabu, Trump memberitahu wartawan beliau sudah membuat keputusan, tetapi tidak mengulas lanjut.
“Saya sudah memutuskannya. Saya akan memberitahu anda apa keputusannya,” katanya.
Di bawah perjanjian nuklear, Iran berhenti daripada pengkayaan uraniumnya, memanmsuhkan reaktor dan membenarkan pemeriksaan tapak nuklear oleh PBB, manakala Washington dan Eropah menarik semula beberapa sekatan.
Presiden Iran Hassan Rouhani memberitahu Perhimpunan Agung PBB sebelum ini yang perjanjian nuklear itu disahkan oleh Majlis Keselamatan PBB dan nasibnya tidak boleh diputuskan oleh “satu atau dua negara”.
Trump dalam ucapannya sehari sebelum itu menyebut perjanjian nuklear itu sebagai “memalukan” bagi AS dan Tillerson kemudiannya mengesahkan perjanjian itu harus “dikaji semula.” – AFP, 21 September, 2017.
Komen