Guan Eng beritahu mahkamah hubungan tidak mesra dengan akhbar Cina


Looi Sue-Chern

Ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bagi kes saman fitnah yang difailkannya terhadap China Press dan Guan Ming Daily, Lim Guan Eng berkata beliau diserang dengan niat jahat mahu mengawal akhbar selepas cuba membetulkan satu artikel yang diterbitkan dalam Sin Chew Daily. – Gambar The Malaysian Insight, 13 Mei, 2019.

BEKAS ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang beliau berhenti berkomunikasi dengan akhbar berbahasa Cina di negeri itu selepas cubaannya untuk “membetulkan” tajuk satu artikel.

Ketika memberi keterangan di mahkamah bagi kes saman fitnah yang difailkannya terhadap China Press dan Guan Ming Daily, Lim berkata beliau diserang dengan niat jahat dan didakwa mahu mengawal akhbar selepas cuba membetulkan satu artikel yang diterbitkan dalam Sin Chew Daily. Lim tidak menyebut bilakah ia berlaku.

“Akhbar itu menyerang saya. Tetapi saya berhenti berkomunikasi dengan mereka, terima saja apa yang mereka salah tulis tentang saya.

“Jika kesalahan itu melampau, saya akan saman,” kata Lim ketika disoal balas oleh peguamnya, N. Mureli, hari ini.

Lim memfailkan terhadap China Press dan Guan Ming Daily berhubung satu artikel yang diterbitkan mereka pada 29 Mei 2017 yang bertajuk “Jason Loo: One Man Decides, Pakatan Harapan DAP-led State Government Run by Rule of Man” and “Jason Loo Urges Lim Guan Eng to Explain Why Sell Lebuhraya Peel Land Prior to Gazette”.

Loo, pemimpin Gerakan negeri dan defendan pertama dalam saman itu, mempersoalkan Lim dan pentadbirannya mengenai penjualan tanah Lebuh Raya Peel kepada Hospital Island menerusi rundingan terus bagi projek perluasan bernilai RM2 bilion yang akan menjadikan Pulau Pinang sebuah bandar perubatan. – 13 Mei, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen