Takiyuddin biadap, melampau batas


KENYATAAN Setiausaha Agong PAS Takiyuddin Hassan yang menyifatkan Anwar Ibrahim tidak layak bergelar perdana menteri kerana berstatus banduan berniat jahat, biadap, dan melampaui batas.

Kenyataan itu, yang disiarkan menerusi sebuah portal, menyebut bahawa beliau yang mengakui dirinya seorang peguam ternyata gagal memahami maksud perundangan itu sendiri.

Pada 16 Mei 2018, Yang Di-Pertuan Agong telah memberikan pengampunan penuh tanpa syarat kepada Anwar. Ia membawa maksud sabitan ke atas kes liwat II telah diketepikan terus dan Anwar dianggap sebagai bukan seorang banduan dan bersih daripada mana-mana kes jenayah.

Anwar juga dibenarkan untuk terus menyertai pilihan raya yang bermaksud sekatan lima tahun di bawah Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan tidak berbangkit.

Kenyataan Takiyuddin ternyata berniat jahat dengan sengaja untuk menimbulkan penghinaan terhadap Anwar. Ia secara tidak langsung juga memperlekeh perkenan Agong untuk mengurniakan pengampunan penuh kepada Anwar.

Saya dengan ini menggesa Takiyudin untuk menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf secara terbuka terhadap Anwar. – 11 Mei, 2019.

* Akmal Nasrullah Mohd Nasir adalah ketua Pemuda PKR dan ahli Parlimen Johor Bahru.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen