Pembangkang main isu Melayu, Islam untuk selamatkan diri, kata PM


Looi Sue-Chern

Pembangkang perlu memainkan sesuatu isu untuk mengalih perhatian rakyat dan menutup kesalahan mereka, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 8 Mei, 2019.

ISU berkenaan orang Melayu dan Islam digunakan untuk menyerang kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana parti yang kalah dalam pilihan raya umum 9 Mei lalu terpaksa menyelamatkan diri mereka, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Menerusi rancangan bual bicara yang disiarkan di RTM malam tadi, beliau berkata pembangkang perlu memainkan sesuatu isu untuk mengalih perhatian rakyat dan menutup kesalahan mereka.

Perdana menteri tidak menyebut secara khusus siapakah pembangkang yang dimaksudkan, tetapi ia merujuk kepada Umno dan PAS.

“Mereka mencari isu yang paling mudah sekali bagi orang Melayu ialah agama Islam dan bangsa Melayu. Mereka mencari saja apa yang tidak kena ataupun tidak baik yang terdapat pada orang Melayu dan agama Islam.

“Kalau ianya tidak baik sebabnya ialah pemerintahan yang terdahulu tidak membetulkan kesalahan yang yang sekarang ini mereka kenal.

“Apa yang mereka buat untuk agama Islam? Mereka menghapuskan peluang orang Melayu, beri kepada kroni dan sebagainya. Itu yang menjadi asas kepada masalah yang kita hadapi sekarang,” kata Dr Mahathir.  

Wawancara malam tadi bersempena genap setahun PH memerintah selepas mengambil alih kerajaan persekutuan yang sebelum ini lebih 60 tahun diperintah Barisan Nasional.

Perdana menteri diminta mengulas dakwaa pembangkang bahawa kedudukan agama Islam dan orang Melayu terancam di bawah kerajaan PH yang dikuasai DAP. β€“ 8 Mei, 2019.

Berita penuh di sini.      


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen