Saya masih kuat di usia 93 tahun, kata Dr Mahathir


Ragananthini Vethasalam

PADA usia 93 tahun, ketika ramai yang merasakan sukar untuk duduk, Dr Mahathir Mohamad masih menjalankan tugas bagi memimpin negara sebagai perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Mei, 2019.

PADA usia 93 tahun, ketika ramai yang merasakan sukar untuk duduk, Dr Mahathir Mohamad masih menjalankan tugas bagi memimpin negara sebagai perdana menteri.

Warga emas ini memberitahu wartawan baru-baru ini bahawa beliau merasakan masih kuat pada usia 93 tahun.

“Saya masih merasa kuat pada usia 93 tahun. Tidak ramai yang berusia 93 tahun boleh duduk.

“Saya fikir saya masih dapat menjawab soalan-soalan jahat anda (soalan daripada media),” katanya.

Beliau menjawab soalan sekiranya berasa seperti diberi nafas baharu selepas memimpin kerajaan selama setahun atau jika sudah keletihan.

Pemimpin tertua di dunia ini berkata, prestasinya tidak seteruk pemimpin dunia lain yang mempunyai konflik domestik untuk ditangani.

“Ada ramai pemimpin di dunia ini dan saya tidak fikir saya lebih teruk daripada Trump (Presiden Amerika Syarikat Donald Trump),” katanya ketika wawancara khas sempena ulang tahun setahun Pakatan Harapan.

Trump boleh dikatakan paling banyak dibincangkan mengenai pemimpin dunia pada masa ini.

Kontroversi, serangan balas dan kegagalan serta pentadbirannya sentiasa menjadi berita utama Amerika Syarikat dan seluruh dunia.

“Saya tidak fikir saya lebih teruk daripada pemimpin British dan Perancis,” katanya.

Beliau merujuk kepada kabinet Teresa May yang sedang memuktamadkan Brexit dan Presiden Perancis Emmanuel Macron yang mengendalikan revolusi vest kuning.

Sebelum peralihan kuasa kepada bakal perdana menteri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir berkata janji itu akan dipenuhi.

“Itu pasti,” katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau hanya akan berkuasa selama dua tahun sebelum memberi peluang kepada presiden PKR.

Selepas berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun dalam tugas terdahulu, Dr Mahathir berkata tugasnya kini untuk mempersiapkan negara sebanyak mungkin. – 8 Mei, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen