GEMPA bumi kuat berukuran 7.1 magnitud menggoncang Mexico mengakibatkan sejumlah besar bangunan ranap dan menyebabkan penduduk terlibat bertempiaran lari ke kawasan terbuka untuk kali kedua dalam masa dua minggu, lapor The New York Times.
Hampir 100 orang dilaporkan terbunuh di seluruh negara, termasuk sekurang-kurangnya 50 di wilayah Morelos sahaja, yang hampir dengan titik gempa.
Angka kematian dijangka meningkat kerana kerja mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan giat dijalankan.
Gempa bumi itu berlaku pada pukul 1 tengahari waktu tempatan (12 tengah malam waktu Malaysia). Titik gempa terletak kira-kira 160 kilometer dari Mexico City.
Semasa kejadian, lebih 20 bangunan di sekitar ibu negara Mexico runtuh termasuk sekurang-kurangnya dua buah sekolah, menghempap beberapa buah kereta dan memerangkap mangsa.
Gempa yang berlaku hanya beberapa jam selepas latihan kecemasan selesai di seluruh Mexico bersempena ulang tahun gempa bumi besar 1985, mengembalikan kenangan pahit buat mereka yang melaluinya dahulu.
Sejumlah 10,000 orang terbunuh dalam gempa bumi 8 magnitud itu. — 20 September 2017.
Este video muestra el colapso de parte de un edificio de la Secretaría del Trabajo. No tengo ubicación exacta. pic.twitter.com/CSsvHc6DC6
— Enrique Acevedo (@Enrique_Acevedo) September 19, 2017
Komen