PRK Sandakan penuh penipuan pembangkang, kata Guan Eng


Looi Sue-Chern

PRK Sandakan bakal menjadi pertarungan sengit bagi DAP Sabah dan Pakatan Harapan, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. – Gambar The Malaysian Insight, 6 Mei, 2019.

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Sandakan penuh dengan pembohongan dan fitnah dari pembangkang, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Oleh itu, Lim berkata ia bakal menjadi pertarungan sengit bagi DAP Sabah dan Pakatan Harapan (PH).

“Mereka menggunakan taktik kotor kerana kehabisan isu untuk digunakan terhadap kita. Jadi, jalan terakhir ialah dengan memfitnah.

“Kita perlu berhati-hati,” kata Lim, mengaitkan bagaimana beliau menjadi mangsa pembohongan baru-baru ini.

Pembangkang dilaporkan memasang papan iklan mendakwa menteri kewangan itu mengugut penduduk mengenai isu tempat letak kereta yang tidak cukup di Hospital Sandakan.

Beliau dituduh berkata tidak akan menyelesaikan masalah tersebut melainkan jika DAP memang kerusi Parlimen Sandakan. Tuduhan sama turut dilaporkan akhbar Sin Chew.

Calon DAP, Vivian Wong akan bertanding di kerusi itu bagi susulan penyandang yang juga ayahnya meninggal dunia pada akhir Mac.

“Mereka dirikan papan iklan menuduh saya cakap perkara yang saya tak pernah sebut… dan Sin Chew juga keluarkan berita palsu  (mengenainya),” kata Lim pada sidang media di Pulau Pinang pagi tadi.

“Akhbar itu sudah mengakui kesilapan apabila saya persoalkan integriti dan profesionalisme mereka. Mereka sudah memohon maaf.

“Tetapi kenyataan palsu itu masih disebarkan.” β€“ 6 Mei, 2019.

Berita penuh di sini.      


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen