BEKAS bintang bola sepak England, Rio Ferdinand dijangka akan mengumumkan hasrat yang dia akan cuba menjadi petinju profesional, walaupun usianya akan mencecah 39 tahun dua bulan lagi, lapor Daily Telegraph.
Ferdinand yang memenangi 81 kejohanan dan 300 kali turun padang untuk Manchester United adalah peminat tegar tinju dan mengakui menghabiskan masanya di gimnasium berlatih sukan itu selepas kematian isterinya, Rebecca Ellison yang menghidap barah payu dara pada 2015.
Ferdinand adalah lagenda bola sepak yang dihormati ramai dan bersara pada 2015, dijangka melakukan “pengumuman besar” itu pada Selasa tetapi masih perlu menyakinkan Lembaga Tinju Britian untuk membenarkannya bertanding.
Dia bukanlah pemain pertama yang bertukar kerjaya menceburi arena tinju, sebelum ini bekas penyerang Sheffield United Curtis Moodhou juga menjadi petinju. – AFP, 19 September, 2017.
Komen