3 didenda gagal bantu warga emas pengsan di Jerman


Kejadian berlaku di bandar Essen, Jerman. Lelaki itu kemudiannya mati selepas lewat menerima rawatan. – Gambar EPA, 19 September, 2017.

SEBUAH mahkamah di Jerman mendenda tiga orang kerana gagal membantu warga emas yang pengsan, sebaliknya hanya mengelak malah memijaknya.

Dalam kejadian yang dirakam kamera setahun lalu, lelaki berusia 83 tahun itu jatuh dan tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik mesin wang sebuah bank di timur bandar Essen.

“Tiada siapa mahu tolong,” kata Hakim Karl-Peter Wittenberg yang menjatuhkan hukuman denda sehingga 3,600 euro (AS$4,300) kepada seorang wanita berusia 39 tahun dan dua lelaki berusia 55 dan 61 tahun itu.

Dua defendan memberikan keterangan mengatakan yang mereka menyangka lelaki itu adalah gelandangan dan hanya tidur.

Tujuh minit masa diambil sebelum seorang pelanggan bank menelefon perkhidmatan kecemasan. Mereka tiba 20 minit kemudian dan mengejarkan lelaki itu ke hospital tetapi sudah terlambat dan dia meninggal dunia seminggu kemudian.

Seorang pakar perubatan memberitahu mahkamah yang lelaki itu boleh diselamatkan sekiranya dia menerima rawatan lebih awal. – AFP,  19 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen