Pakatan dilihat gagal jaga Islam kerana DAP, kata mufti Perlis


Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa pemimpin DAP gagal menahan diri daripada mengeluarkan kenyataan sehingga menyebabkan Pakatan Harapan dipandang gagal menjaga kesucian Islam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Mei, 2019.

MUFTI Perlis menyalahkan DAP atas kenyataan yang didakwa menimbulkan kebencian antara kaum dan menyebabkan Pakatan Harapan (PH) dilihat gagal menjaga kesucian agama Islam.

Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa pemimpin DAP gagal menahan diri dari mengeluarkan kenyataan sehingga menyebabkan PH dipandang sedemikian.

“Saya tahu kebanyakan kerenah kerajaan PH datang bukan daripada Dr Mahathir dan sebahagian pemimpin Muslim lain.

“Sebaliknya pemimpin politik bukan Islam terutama DAP.

“Mereka hanya timbulkan ketegangan dan kebencian antara kaum,” katanya dalam satu wawancara disiarkan Utusan Malaysia hari ini.

Oleh itu kenyataannya bahawa kerajaan PH tidak menjaga Islam tidak dibuat tanpa soal selidik, katanya lagi.

Menurutnya, beliau dapat melihat bahawa orang Melayu Islam tidak lagi menyokong PH dalam beberapa pilihan raya kecil – di Semenyih, Cameron Highlands dan Rantau.

“Saya bukan bercakap tanpa soal selidik kita lihat beberapa pilihan raya orang Islam tidak menyatakan sokongan kepada PH,” katanya kepada akhbar itu.

Beliau menjawab kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan beliau “pekak” kerana tidak mengetahui usaha dilakukan kerajaan PH untuk menjaga Islam.

“Sebab dia pekak, kalau dia boleh mendengar, kita buat macam-macam untuk orang Islam, agama Islam (di negara ini).

“Tetapi dia tidak mendengar,” kata perdana menteri itu pada Selasa lalu.

Mengulas lanjut sindiran itu, Mohd Asri berkata Dr Mahathir mungkin menggelarkan “pekak” atas kenyataan awal yang menyelar Putrajaya.

“Saya rasa mungkin apabila beliau Dr Mahathir kena (kritik) dan beliau rasa sakit, justeru beliau telah (menggelar) pekak,” katanya lagi.

Asri menerima kritikan apabila mempersoalkan tindakan pihak berkuasa menahan pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu atas dakwaan menghina agama Hindu.

Zamri dikaitkan dengan pendakwah kontroversi, Zakir Naik yang dikehendaki di India dan kini mendapat status penduduk tetap di Malaysia.

Asri dalam kenyataannya seterusnya mendakwa pemimpin kerajaan PH yang didakwa menimbulkan ketegangan kaum bagaimanapun tidak ditahan.

“Ini adalah realiti yang kita lihat hari ini. Segala kenyataan yang dibuat oleh individu dalam kenyataan yang menghina Muslim dan menimbiulkan ketegangan kaum tetapi hanya dipanggil untuk diambil kenyataan.

“Banyak kes di mana Nabi Muhammad dihina dan Islam diperkecilkan tetapi pelakunya hanya dipanggil untuk diambil kenyataan.

“Tetapi pendakwa yang berkongsi pengalaman peribadinya memeluk Islam di masjdi di Kelantan yang hanya ditujukan untuk orang Islam ditahan,” katanya di Facebook.

Zamri disiasat Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. – 2 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Bung Mokhtar & Zizie Izette ditahan SPRM kerana rasuah. Najib 41 kes, Zahid 32 kes, Ehh ramai laaaa lagi ameerul Mukminin Khalifah Nusantara kami ditahan & didakwa .. ini tanda2 Kerajaan semakin menekan Islam! Lawan tatapppp lawan!

    Dimuat naik 4 tahun yang lalu oleh Najmi Ahmad · Ulasan

  • Nasib baiklah ada Dap dalam politik Malaysia dapatlah juga kita persalahkan mereka apabila UmnoBN kalah tidak disangka-sangka sebab memerintah terlalu lama.

    Nasib baiklah ada Dap kita boleh sasarkan mereka kerana mengkhianati TH dan beberapa institusi Melayu.

    Nasib baiklah ada Dap kita dapat salahkan mereka apabila duit 1MDB hilang entah kemana.

    Nasib baiklah ada Dap kita boleh salahkan mereka apabila DEB gagal dan kaum Melayu berada pada paras kemiskinan.

    Nasib baiklah ada Dap dapatlah kita salahkan mereka apabila dana dan wang Felda hilang entah ke mana.

    Nasib baiklah ada Dap dapatlah kita serang mereka apabila ramai anak Melayu penagih dadah.

    Nasib baiklah ada Dap bolehlah kita salahkan mereka apabila jutaan ringgit Tabung Kohilal lesap entah kemana.

    Nasib baiklah ada Dap kita boleh sasarkan mereka yang bertanggungjawab kehilangan duit MARA entah kemana.

    Nasib baiklah ada Dap kita boleh tuduh mereka terlalu rasis dan merosakkan Islam.

    Nasib baiklah ada Dap kita boleh persalahkan mereka penyebab kekalahan Umno dan gagalnya Pas bercita -cita nak jadi King Maker.

    Nasib baiklah ada Dap bolehlah kita memaki hamun mereka.

    Nasib baiklah ada Dap dapatlah kita sasarkan mereka ekonomi merudum.

    Nasib baiklah ada Dap kita boleh salahkan mereka bahawa Umno tidak pernah memerintah Pulau Pinang.

    Nasib baiklah ada Dap kita boleh persalahkan mereka bahawa Singapura dilepaskan kepada Cina.

    Sekian Syair Saya
    Gelang 9/4/2019
    Selasa

    Dimuat naik 4 tahun yang lalu oleh Najmi Ahmad · Ulasan