Perbicaraan kes 1MDB Najib bermula 19 Ogos


Bede Hong

Perbicaraan kes 1MDB membabitkan 25 pertuduhan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak dijadualkan bermula 19 Ogos hingga 14 November. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 2 Mei, 2019.

PERBICARAAN kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB), di mana Najib Razak berdepan 25 pertuduhan, dijadualkan bermula pertengahan Ogos selepas peguam kedua-dua pihak memohon perbicaraan SRC International diselesaikan sebelum tarikh itu.

Hakim Colin Lawrence Sequerah menetapkan kira-kira 90 hari perbicaraan untuk kes 1MDB, yang akan bermula 19 Ogos hingga 14 November.

Perbicaraan 1MDB membabitkan bekas perdana menteri itu awalnya dijadualkan pada 14 Mei selama 14 hari hingga 21 Jun. Perbicaraan SRC International masuk hari ke-12 hari ini, dengan 19 hari diperuntukkan.

Pihak pendakwa minta perbicaraan SRC International dilanjutkan kepada 33 hari perbicaraan.

“Demi kepentingan awam perbicaraan ini perlu dijalankan dengan sempurna,” kata Peguam Negara Tommy Thomas kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Beliau memaklumkan kepada hakim bahawa beliau mendapat kebenaran daripada hakim perbicaraan kes SRC International Mohd Nazlan Mohd Ghazali untuk membuat permohonan itu.

“Kami tidak mahu kes SRC tergantung,” katanya, menambah pihak pendakwa akan memanggil 40 hingga 50 saksi,” katanya. – 2 Mei, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen