SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang ahli Parlimen Barisan Nasional Sabah dan isterinya yang juga seorang pelakon kerana disyaki terlibat dengan rasuah.
Sumber dari agensi anti rasuah itu berkata, pasangan berkenaan ditahan di Sabah namun dibebaskan selepas keterangan mereka direkodkan.
“Siasatan ini membabitkan jutaan ringgit dan kedua-dua mereka ditahan bagi membantu siasatan.”
“Ya ahli Parlimen itu sebelum ini adalah pengerusi sebuah agensi kerajaan ketika BN menjadi kerajaan persekutuan,” kata sumber apabila ditanya sama ada lelaki terbabit mempunyai kaitan dengan agensi kerajaan.
Timbalan Pesuruhjaya SPRM (operasi) Azam Baki mengesahkan penahanan itu namun enggan mengulas lanjut.
Difahamkan kedua-dua mereka akan didakwa di bawah Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Menurut portal berita Malaysiakini, lelaki itu dijangka berdepan tiga pertuduhan dan isterinya akan didakwa kerana bersubahat. – 1 Mei, 2019
Komen